Dah kantoi menipu, Zahid Md Arip kini ‘ghaib’ terus, takut kena londeh lagi

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya sebenarnya terkilan dengan cadangan terbaru Senator Zahid Md Arip agar Sri Perdana diiktiraf seperti White House di Washington DC.

Apa yang menjadikan saya terkilan ialah hakikat bahawa cadangan ini dibuat di Dewan Negara ketika Senator Zahid menyampaikan ucapan menjujung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong.




Persoalannya, siapa sebenarnya yang Senator Zahid cuba bodek – Tan Sri Muhyiddin Yassin, ahli-ahli Dewan Negara, para netizen atau kesemuanya sekali?

Jika itulah niat Zahid, maka nyatalah beliau gagal terus menaikkan martabatnya sebagai seorang Senator dan sebaliknya berjaya membuktikan betapa terkhilafnya Muhyiddin ketika mencalonkannya ke posisi itu.

Terus teranglah, mereka yang dicalonkan untuk mewakili kerajaan di Dewan Negara seharusnya terdiri daripada golongan yang berpendidikan tinggi, cemerlang dalam kerjaya atau berbakti kepada bangsa dan negara.

Malangnya, Zahid sekadar merendahkan martabat Dewan Negara yang seharusnya menjadi saluran perdebatan serta perbincangan akademik yang terulung melibatkan “minda-minda terbaik” yang arif tentang situasi politik dan sosio-ekonomi semasa.

Saya ingin bertanya, apakah yang ada pada Zahid yang tidak ada pada beratus ribu teknokrat lain sehingga Muhyiddin sanggup mencalonkan beliau sebagai ahli Dewan Negara?

Apakah kelayakkan akademik yang ada pada Zahid atau apakah sumbangannya terhadap bangsa dan negara selama ini yang begitu hebat sehingga Muhyiddin terpanggil untuk mencalonkannya?

Tahu tak Zahid bahawa ramai di kalangan rakyat jelata kini menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan hidup susulan peningkatan mendadak kos sara diri yang tidak diimbangi dengan peningkatan dalam gaji atau peluang pekerjaan?

Loading...

Tahu tak Zahid bahawa kesempitan ini ditambah lagi dengan penularan wabak Covid-19 yang mengakibatkan ekonomi negara terjejas teruk akibat kerugian besar yang ditanggung oleh peniaga-peniaga kecil dan sederhana besar?

Di manakah “sense of priority Zahid” atau keperihatinannya terhadap kesempitan rakyat hingga beliau tergamak mencadangkan “penaiktarafan Sri Perdana ke status White House,” yang pasti menelan belanja berjuta-juta ringgit yang seharusnya digunakan bagi membantu golongan terhimpit?

Terdapat beratus ribu teknokrat yang berpendidikan jauh lebih tinggi, mantap berfikir serta menyumbang dengan cara yang amat besar terhadap perkembangan sosio-ekonomi dan sosio-politik negara.

Apakah Muhyiddin tidak tahu perihal kewujudan teknokrat-teknokrat ini sehingga sanggup mencalonkan seorang ahli PPBM yang turut merupakan seorang penipu atas fitnahnya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad?

Semalam, saya membongkarkan penipuan ini dan menyertakan bukti mengapa dakwaan Zahid kononnya Mahathir merestui gerakan sulit “menyekat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP” sebelum tercetus Langkah Sheraton (rujuk artikel bawah, wajib baca) adalah fitnah semata-mata.

Muhyiddin dan Zahid nafi tandatangan Akuan Bersumpah

Saya mengakhiri artikel tersebut dengan menulis, Zahid kini sedang cuba menaikkan imej Anwar bagi menangkis persepsi ahli-ahli parlimen bahawa Anwar tidak pernah memiliki sokongan majoriti.

Ini kerana PPBM kini berada dalam keadaan terdesak dan cemas memikirkan kemungkinan PAS dan UMNO Team B akan bertindak keluar Perikatan Nasional untuk bersama sama blok bebas kuasa ketiga Mahathir tidak lama lagi.

Bukankah elok Zahid menjawab dakwaan-dakwaan ini daripada mengeluarkan kata-kata yang hanya mempamirkan “tahap pemikirannya yang tidak lebih dari seorang budak sekolah rendah?”

Apakah Zahid turut tidak ingin menjawab dakwaan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang menuduhnya memanggil Muhyiddin ‘anjing’dan “mengutip jutaan ringgit wang rasuah melalui tangannya sendiri tetapi menafikan seolah-olah dia tidak pernah ambik duit haram tersebut serta tidak tahu menahu mengenainya?” (rujuk bawah)

Mengapakah Zahid berdiam diri, apakah beliau takut untuk menjawab dakwaan-dakwaan ini atas kemungkinan berlakunya lagi pembongkaran serius atau adakah beliau telah menghaibkan diri kerana takut dilondehkan terus?

WAJIB BACA:

Khairuddin: Zahid Arip mulutnya puaka – dulu digelarnya Muhyiddin ‘anjing’, kini Mahathir jadi mangsa fitnahnya

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...