Daim: Ada Menteri Kabinet angkuh, enggan terima pandangan orang ramai

Menurut Daim, menteri Kabinet perlu menunjukkan prestasi menerusi penjelasan kepada media kerana mereka dipilih oleh rakyat. Sumber (gambar): Berita Harian

دائم: اد منتري كابينيت اڠكوه، اڠڬن تريما ڤنداڠن اورڠ راماي

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin hari ini berkata beliau menerima laporan ada antara menteri Kabinet kini bukan sahaja angkuh malah enggan menerima pandangan orang ramai.

“Mereka tidak pernah menjawab surat dan mendakwa sangat sibuk. Ya mereka ada tugas yang perlu dilaksanakan, menjadi menteri Kabinet memang sibuk tetapi mereka tidak boleh lupa bahawa mereka perlu berkhidmat untuk rakyat kerana mereka dipilih oleh rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Daim pernah beberapa kali menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap cara menteri-menteri kerajaan berkomunikasi, melakukan kerja dan mengeluarkan kenyataan.

Menurut sumber, Daim sudah lama tidak berpuas hati dengan keangkuhan Lim apabila berurusan dengan menteri-menteri lain dan media serta keengganan beliau untuk mengawal emosi.


PETALING JAYA: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin hari ini berkata beliau menerima laporan ada antara menteri Kabinet kini bukan sahaja angkuh malah enggan menerima pandangan orang ramai.

Menurut beliau, menteri Kabinet perlu menunjukkan prestasi menerusi penjelasan kepada media kerana mereka dipilih oleh rakyat.




“Saya tahu orang ramai tidak gembira. Mereka beranggapan sesetengah menteri telah menjadi angkuh dan tidak mendengar. Pada mereka ada antara pemimpin ini ketika menjadi pembangkang mudah untuk ditemui. Mengapa mereka jadi begini sekarang?

“Mereka tidak pernah menjawab surat dan mendakwa sangat sibuk. Ya mereka ada tugas yang perlu dilaksanakan, menjadi menteri Kabinet memang sibuk tetapi mereka tidak boleh lupa bahawa mereka perlu berkhidmat untuk rakyat kerana mereka dipilih oleh rakyat,” katanya sepertimana dilaporkan Sinar Online.

“Semua menteri mempunyai setiausaha akhbar, mereka perlu menerangkan apa yang berlaku kepada media. Masalah sekarang ialah komunikasi yang sangat teruk. Ada pihak beritahu saya mereka tidak gembira,” tambahnya.

Sebelum ini, Daim pernah beberapa kali menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap cara menteri-menteri kerajaan berkomunikasi, melakukan kerja dan mengeluarkan kenyataan.

Pada 29hb Mac 2019, beliau menasihati mereka agar berbincang dahulu dengan setiausaha akhbar masing-masing dan sesama sendiri sebelum membuat kenyataan yang boleh memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan.

Menurut beliau, menteri-menteri Kabinet perlu elak daripada mengeluarkan kenyataan spontan atau negatif terutamanya jika kenyataan tersebut boleh menyebabkan rakyat kurang yakin terhadap kerajaan.

Sebelum itu, pada awal tahun, Daim menasihati menteri-menteri berkenaan supaya tidak bergaduh sesama sendiri kerana persengketaan terbuka boleh mengakibatkan rakyat menyampah dengan kerajaan pusat.

Loading...

Kesemua kenyataan Daim disyaki bertumpu kepada dua tiga menteri dari DAP dan AMANAH, khusunya, Lim Guan Eng.

Menurut sumber, Daim sudah lama tidak berpuas hati dengan keangkuhan Lim apabila berurusan dengan menteri-menteri lain dan media serta keengganan beliau untuk mengawal emosi.

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...