Daim dakwa undang-undang kini tak sama antara miskin, kaya

Daim berkata, mengendali krisis ekonomi memerlukan koordinasi dan kerjasama kesemua cabang kerajaan. Sumber (gambar): MMO

دائم دعوا اوندڠ-اوندڠ كيني تق سام انتارا ميسكين، كاي

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata keadaan sosiopolitik negara yang stabil, polisi yang jelas, kepimpinan yang teguh dan dihormati, serta kedaulatan undang-undang merupakan empat ciri asas yang perlu untuk menarik pelabur.

Daim bagaimanapun memberi amaran para pelabur ini akan pergi ke tempat lain jika kerajaan kelam kabut, penuh dengan polisi U-Turn dan tidak terurus.

“Contoh U-Turn yang paling mudah adalah kes moratorium pinjaman kereta dan rumah baru-baru ini. Terlampau banyak penyataan yang bercanggah. Undang-undang juga nampak berbeza antara mereka yang miskin dan kaya. 

“Kalau curi sepaket Milo, kena masuk penjara. Tetapi jika curi berbilion ringgit, boleh lepas bebas ke mana saja.”


PETALING JAYA: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata keadaan sosiopolitik negara yang stabil, polisi yang jelas, kepimpinan yang teguh dan dihormati, serta kedaulatan undang-undang merupakan empat ciri asas yang perlu untuk menarik pelabur.

Dalam satu wawancara bersama Sinar, Daim berkata, 40 peratus pelaburan di dalam negara ini disumbangkan oleh pelabur asing, dan sekarang adalah masanya untuk menarik mereka ke sini.




“Kita tahu pelabur-pelabur Jepun dan Amerika Syarikat sedang memindahkan operasi mereka dari China. Indonesia dan Vietnam sedang berusaha menarik perhatian para pelabur ini untuk berpindah ke negara mereka.

“Dan Amerika Syarikat memutuskan untuk melabur di Indonesia. Kita akan ketinggalan jika tidak serius dalam hal ini. Malahan, pelabur tempatan juga akan melabur di negara lain jika kita tidak berhati-hati,” katanya.

Daim bagaimanapun memberi amaran para pelabur ini akan pergi ke tempat lain jika kerajaan kelam kabut, penuh dengan polisi U-Turn dan tidak terurus.

“Contoh U-Turn yang paling mudah adalah kes moratorium pinjaman kereta dan rumah baru-baru ini.

“Terlampau banyak penyataan yang bercanggah. Undang-undang juga nampak berbeza antara mereka yang miskin dan kaya.

“Kalau curi sepaket Milo, kena masuk penjara. Tetapi jika curi berbilion ringgit, boleh lepas bebas ke mana saja.

“Untuk menghidupkan semula ekonomi, kita perlu ada maklumat tepat dan terkini mengenai keadaan ekonomi dan perniagaan di negara ini.

Loading...

“Semasa krisis kewangan 1998, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bermesyuarat setiap hari untuk memantau, mendapatkan maklumat harian/mingguan dan keadaan akar umbi di bawah.

“Perbincangan kerap diadakan bersama pelbagai industri, persatuan, dewan perniagaan dan sektor-sektor ekonomi.

“Ini membolehkan kita melaksanakan program-program tindak balas untuk membantu rakyat dan para peniaga.

“Kita mesti ada pelan dan pasukan yang cekap untuk melaksanakan pelan tersebut. Kita mesti ada objektif dan matlamat jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang.

“Kita mesti tahu cara untuk merealisasikan matlamat tersebut, cara untuk memantau kemajuan program-program ini.

“Kita mesti tahu melaraskan pelan ini jika terdapat perubahan kepada keadaan semasa, dan bagaimana cara untuk berhubung dengan rakyat di bawah untuk memberitahu mereka apa yang sedang dilakukan.

“Kerajaan juga harus ingat, mengendali krisis ekonomi memerlukan koordinasi dan kerjasama kesemua cabang kerajaan.

“Ia bukan saja tanggungjawab Menteri Kewangan. Ia adalah tanggungjawab seluruh kerajaan, yakni kesemua kementerian bekerjasama menggembleng tenaga bersama kerajaan-kerajaan negeri bagi memastikan pelan tersebut dapat dijayakan secara berkesan.

“Amat sukar untuk menghidupkan semula ekonomi jika usaha kerajaan tertumpu kepada agenda-agenda lain yang boleh mengalihkan perhatian daripada masalah ekonomi yang sedang berlaku.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...