Daim dilihat sahkan wujud cadangan Pakatan Nasional

Pengesahan ini dibuat apabila Daim menzahirkan rasa tidak setuju terhadap cadangan berkenaan dengan alasan pengundi sudah memberikan mandat mereka kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH). Sumber (gambar): Fail TTF

دائم دليهت سهكن وجود چادڠن ڤاكتن ناسيونل

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin hari ini dilihat mengesahkan wujudnya cadangan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyertai Pas dan UMNO untuk menubuhkan Pakatan Nasional.

Walaubagaimanapun, TTF tidak dapat mengesahkan samada kenyataan Daim bersandarkan cadangan wartawan Sin Chew ataupun cadangan oleh pihak-pihak tertentu yang terlibat secara terus dengan initiatif Pakatan Nasional.

Dalam pada itu, Daim mendesak supaya kerajaan berhenti menyalahkan pentadbiran terdahulu ekoran daripada pelbagai masalah yang melanda negara pada ketika ini.

“Kita mestilah bergerak ke hadapan dan berterusan membangunkan negara. Kerajaan juga perlu menyelesaikan masalah yang boleh diselesaikan ketika ini,” katanya.


PETALING JAYA: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin hari ini dilihat mengesahkan wujudnya cadangan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyertai Pas dan UMNO untuk menubuhkan Pakatan Nasional.

Pengesahan ini dibuat apabila Daim menzahirkan rasa tidak setuju terhadap cadangan berkenaan dengan alasan pengundi sudah memberikan mandat mereka kepada kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH).




Walaubagaimanapun, TTF tidak dapat mengesahkan samada kenyataan Daim bersandarkan cadangan wartawan Sin Chew ataupun cadangan oleh pihak-pihak tertentu yang terlibat secara terus dengan initiatif Pakatan Nasional.

Menurut laporan Sinar Online, Daim berkata keutamaan perlu diberikan untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

“Rakyat mahu kebajikan mereka dijaga dan kerajaan menjadi stabil serta kuat tetapi ketika ini keyakinan terhadap kerajaan rendah kerana pasukan dalam kerajaan dilihat tidak bersatu,” katanya dalam satu temubual bersama akhbar Sin Chew.

Dalam pada itu, Daim mendesak supaya kerajaan berhenti menyalahkan pentadbiran terdahulu ekoran daripada pelbagai masalah yang melanda negara pada ketika ini.

“Kita mestilah bergerak ke hadapan dan berterusan membangunkan negara. Kerajaan juga perlu menyelesaikan masalah yang boleh diselesaikan ketika ini,” katanya.

Sementara itu, Daim turut menyarankan kerajaan untuk meningkatkan usaha dalam perhubungan awam untuk memberikan penjelasan tentang reformasi yang telah dilaksanakan.

Katanya yang juga bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, perkara itu perlu dilakukan terutama bagi perubahan yang mengambil masa yang lama dan kompleks untuk dilaksanakan.

Loading...

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...