Daim mungkin mempunyai rancangan untuk ‘membiayai kewangan’ saham bahagian Vincent dalam ECRL

Robert Kuok memiliki 13 peratus entiti pelaburan berpusat di Hong Kong yang mempunyai hubungan serius dengan Majlis Negara China (China’s State Council), ketua pentadbiran utama “People’s Republic of China”.

CITIC Limited (sebelum ini dikenali sebagai CITIC Pacific), adalah sebuah firma pelaburan yang merupakan subsidiari kepada konglomerat milik negara, CITIC Group Corporation Ltd (CITIC).

Pada tahun 1984, Bank of China meluluskan penubuhan bahagian perbankan di bawah CITIC yang dikenali sebagai CITIC Bank China.

Seperti Export-Import Bank of China (EXIM), CITIC membantu kerajaan China mentadbir bantuan kepada negara-negara ASEAN dalam usaha merealisasikan “One Belt, One Road (B & R)”, inisiatif di mana projek ECRL diletakkan.

EXIM bersetuju menyediakan pinjaman mudah untuk membantu membiayai projek itu.

Sebaliknya, CITIC bersetuju untuk memperdalam komitmennya terhadap inisiatif B & R dengan menyediakan lebih banyak bantuan kepada negara-negara ASEAN.

Soalannya, adakah Daim kini menawarkan untuk membiayai bahagian ECRL dengan mengikat rangkaian perbankannya dengan EXIM dan ECRL?

KUASA KETIGA

Pada 16hb November 2016, Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) untuk membina laluan standard kereta api yang menghubungkan Pelabuhan Klang dengan Pengkalan Kubor.

 

Pautan timur laut-barat laut itu dikenali sebagai “East Coast Rail Link” (ECRL) dan menelan kos sebanyak sebanyak USD13.1 bilion kepada CCCC.

Export-Import Bank of China (EXIM) bersetuju untuk membantu membiayai projek dengan menyediakan CCCC dengan pinjaman mudah.

Sekiranya anda tertanya-tanya, Kerajaan Malaysia terlibat bersama institusi perbankan China adalah kerana CCCC yang berpusat di China bersetuju untuk membiayai projek itu.

EXIM pula terlibat kerana ia mematuhi rangka kerja yang berhubungkait dengan “People’s Republic of China” yang telah lama ditubuhkan. Rangka kerja ini membabitkan usaha oleh kerajaan China untuk mengembangkan bantuan pembangunan rasmi (official development aid – ODA) kepada negara anggota ASEAN.

Untuk memudahkan rancangan itu, kerajaan China telah menubuhkan EXIM pada tahun 1994 dan meletakkannya secara langsung di bawah bidang kuasa Majlis Negeri China (China’s State Council – SC), ketua pentadbiran utama “People’s Republic of China”.

Tidak ramai yang menyedari bahawa Robert Kuok memiliki 13 peratus entiti pelaburan berpusat di Hong Kong yang mempunyai hubungan serius dengan SC.

CITIC Limited (sebelum ini dikenali sebagai CITIC Pacific), adalah sebuah firma pelaburan yang merupakan anak perusahaan kepada konglomerat milik negara, CITIC Group Corporation Ltd (CITIC).

Tahun lepas, CITIC disenaraikan sebagai antara konglomerat terbesar di China dan mencatatkan rizab aset asing terbesar di dunia.

Pada tahun 1984, “People’s Bank of China” meluluskan penubuhan bahagian perbankan di bawah CITIC yang dikenali sebagai China CITIC Bank.

Akhir-akhir ini, bank tersebut telah terlibat dalam pemberian bantuan yang diberikan oleh kerajaan China melalui rangka kerja MPAC.

Pada 26 Jun 2015, CITIC Limited mengumumkan bahawa sekuriti, amanah dan bahagian perbankannya bersama-sama akan melaburkan lebih daripada 700 bilion yuan untuk menyokong inisiatif China “One Belt, One Road” (B & R).

Dua tahun kemudian, CITIC komited untuk memperdalam sokongan itu tanpa menyatakan jumlah sebenar yang dimaksudkan.

ECRL merupakan sebahagian daripada inisiatif B & R China yang lebih luas

Kurang dari setahun kemudian, Dato ‘Seri Najib Tun Razak telah melucutkan jawatan Perdana Menteri Malaysia berikutan kekalahan pilihan raya melalui berita yang dicetuskan oleh South China Morning Post (SCMP).

Satu kebetulan?

Robert Kuok nampaknya telah mempunyai jalannya melalui birokrasi Cina. Sebuah laporan oleh Malaysiakini (Kini) yang lebih kurang menyimpulkan idea itu apabila Daim Zainuddin mengumumkan akan “menggunakan ahli CEP (Council of Eminent Persons) Robert Kuok di China untuk melancarkan” rundingan semula berkaitan dengan ECRL.

Mari kita lupakan seketika bahawa CEP tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa dalam perkara pentadbiran dan tidak mempunyai hak mewakili Kerajaan Malaysia di China.

Apa yang begitu menarik tentang laporan Malaysiakini (Kini)  ialah Kuok, seperti Daim, mewakili CEP yang kini sedang berusaha untuk merundingkan semula syarat pembiayaan dengan EXIM, pemudahcara dasar perindustrian dan diplomatik rasmi kerajaan China.

Pada 25hb Jun 2018, The Third Force mendedahkan bahawaTan Sri Vincent Tan meletakkan sehingga 22.2 juta saham milik Syarikat T7 Global (T7), penyedia perkhidmatan minyak dan gas yang dimeterai di dalam Memorandum of Understanding (MoU)dengan tiga entiti lain untuk membida tawaran untuk projek ECRL.

Tidak lama selepas itu, kerajaan Malaysia mengumumkan dengan tiba-tiba bahawa projek itu, yang sebelum ini dibatalkan kerana kos yang terlalu mahal, telah diwujudkan kembali pada kos tambahan sebanyak RM15 bilion.

Persoalannya, adakah T7 Global kini akan menawarkan perbezaan RM15 bilion tersebut?

Mungkin anda perlu bertanya Daim.

Beliau akan dapat memberitahu anda sama ada perjalanannya ke China mempunyai apa-apa kaitan dengan kemungkinan rancangan oleh rangkaian perbankannya untuk menyediakan T7 Global dengan pinjaman mudah.

Mungkin pembelian T7 oleh Vincent adalah sebahagian daripada penipuan terbesar yang melibatkan pentadbiran Mahathir untuk menuai hasil bernilai RM17 hingga 18 bilion atas angin dengan tidak melakukan apa-apa.

Mungkin itu sebabnya CEP mengarahkan Pendaftar Syarikat (Registrar of Companies – RoC) untuk membuat ‘black out’ pada alat carian yang dimana sebelum ini membenarkan orang ramai untuk membeli profil syarikat secara dalam talian.

Barangkali, pihak media sepatutnya segera menuju ke pejabat Daim dan lihat apakah dia mempunyai apa-apa kenyataan tentang perkara ini.

Akan bersambung….

Sumber: Geliga Naga

Comments

Comments



Loading...