
دعوأن حاكيم كيس سرچ برساودارا دڠن محضير ڤلسو، ڤوليس بوك كرتس سياستن
Polis sudah mengenal pasti identiti pemilik akaun Twitter yang mendakwa hakim kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Razak, kononnya ada pertalian persaudaraan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum ini, TTF berulang kali menangkis dakwaan tersebut yang ditularkan oleh individu-individu tidak bertanggungjawab yang merupakan penyokong tegar Najib dan mengambil inisiatif untuk memperbetulkan persepsi di media sosial.
Hakim yang dimaksudkan bukan hanya tiada pertalian persaudaraan dengan Mahathir, peguam Najib sendiri tidak pernah mengungkit perkara ini di mahkamah, malah mengesahkan di luar mahkamah pada malam hukuman dijatuhkan bahawa hakim berkenaan melakukan tugasnya dengan jujur.
Pada Selasa lepas, Ramesh Rao mendakwa Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mensabitkan Najib dengan tujuh kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram adalah cucu saudara Mahathir.
PETALING JAYA: Polis sudah mengenal pasti identiti pemilik akaun Twitter yang mendakwa hakim kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Razak, kononnya ada pertalian persaudaraan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum ini, TTF berulang kali menangkis dakwaan tersebut yang ditularkan oleh individu-individu tidak bertanggungjawab yang merupakan penyokong tegar Najib dan mengambil inisiatif untuk memperbetulkan persepsi di media sosial.
Hakim yang dimaksudkan bukan hanya tiada pertalian persaudaraan dengan Mahathir, peguam Najib sendiri tidak pernah mengungkit perkara ini di mahkamah, malah mengesahkan di luar mahkamah pada malam hukuman dijatuhkan bahawa hakim berkenaan melakukan tugasnya dengan jujur.
Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata individu itu akan dipanggil minggu depan bagi memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut.
“Kita sudah mengenal pasti identiti pemilik akaun Twitter itu dan akan panggil minggu depan untuk rakam percakapan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata siasatan dijalankan selepas satu laporan polis diterima di Taiping, Perak pada Khamis dan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Khamis lalu, media melaporkan bahawa seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mohd Afzanizam Abdul Rahman membuat laporan polis di Taiping berhubung satu ciapan oleh Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia Ramesh Rao di akaun Twitter.
Pada Selasa lepas, Ramesh mendakwa Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mensabitkan Najib dengan tujuh kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram adalah cucu saudara Mahathir.
Menerusi akaun Twitter, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga anak Ahli Parlimen Langkawi itu menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia sebagai tidak berasas serta meminta Peguam Negara menyiasat tohmahan berkenaan.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
