Dakwaan kematian beberapa kakitangan Kementerian Kesihatan dikaitkan vaksin disiasat

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. Sumber (gambar): Fail TTF

دعوأن كماتين ببراڤ كاكيتاڠن كمنترين كصيحتن دكايتكن ۏكسين دسياسات

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung penularan isu kematian beberapa orang kakitangan KKM yang dikaitkan dengan vaksin Covid-19 di media sosial.

Menurutnya, perkara tersebut sedang disiasat oleh KKM dan makluman akan diberikan kepada umum selepas siasatan selesai.

Beliau berkata, sehubungan itu, pihak KKM meminta orang ramai tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat yang tidak dikenal pasti sumber dan kebenarannya.

“Orang ramai diminta untuk merujuk kepada maklumat sah yang boleh didapati di semua platform rasmi media sosial KKM atau berhubung terus dengan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di setiap negeri,” katanya.


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan, tiada laporan kematian yang disebabkan oleh vaksin Covid-19 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung penularan isu kematian beberapa orang kakitangan KKM yang dikaitkan dengan vaksin Covid-19 di media sosial.




Menurutnya, perkara tersebut sedang disiasat oleh KKM dan makluman akan diberikan kepada umum selepas siasatan selesai.

“Umum mengetahui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah bermula pada 24 Februari dengan Fasa 1 melibatkan pemberian vaksin kepada petugas barisan hadapan iaitu petugas kesihatan, pekerja perkhidmatan penting dan pertahanan.

“Kini Fasa 2 pemberian vaksin bermula pada 19 April pula melibatkan baki kumpulan daripada Fasa 1 dan warga emas berumur 60 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi mengalami penyakit kronik dan orang kelainan upaya (OKU).

“Setakat ini, tiada laporan kematian disebabkan oleh vaksin Covid-19 dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, pihak KKM meminta orang ramai tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat yang tidak dikenal pasti sumber dan kebenarannya.

“Orang ramai diminta untuk merujuk kepada maklumat sah yang boleh didapati di semua platform rasmi media sosial KKM atau berhubung terus dengan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di setiap negeri,” katanya.

Ujarnya, mereka juga boleh  melayari laman sesawang http://covid-19.moh.gov.my/ atau menghubung  talian 03-88810200/ 03-88810600/ 03-88810700 bagi mendapatkan info sahih berkenaan vaksin Covid-19.

Loading...

Sumber:

WAJIB BACA:

KANTOI: TAKTIK TERDESAK RACUNI PEMIKIRAN PENYOKONG MAHATHIR TERBONGKAR [VIDEO]



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...