Dakwaan Ketua Hakim, suami dilarang ke Istana Kelantan sah berita palsu

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat. Sumber (gambar): Fail TTF

دعوأن كتوا حاكيم، سوامي دلارڠ ك ايستان كلنتن صح بريتا ڤلسو

Istana Kelantan hari ini menyangkal dakwaan sebuah portal yang mengatakan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan suaminya dilarang ke Istana Kelantan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata kenyataan yang dikeluarkan portal itu adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas

Nik Mohd Shafriman berkata pihak istana akan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan sekiranya fitnah tidak berasas ini berlarutan.

“Tidak pernah ada larangan seperti yang didakwa dikeluarkan oleh Istana Kelantan.

“Istana Kelantan memandang serius tohmahan berupa fitnah seperti ini dan menyarankan agar pengamal media merujuk kepada istana terlebih dahulu mengenai kesahihan apa-apa berita sebelum disiarkan bagi mengelak dari mengelirukan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Mohd Shafriman berkata pihak istana akan mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan sekiranya fitnah tidak berasas ini berlarutan.

Sumber berita:

Tajuk:

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...