
دعوأن كونونڽ صلاح الدين دان ليما لاڬي ڤميمڤين أمانه باكل ماسوق برساتو صح ڤلسو
Keterdesakan beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) susulan pengunduran beramai-ramai pemimpin dan akar umbi dari seluruh negara menjurus kepada penularan berita palsu kononnya enam pemimpin AMANAH bakal menyertai PPBM.
Berita berkenaan yang muncul di sebuah portal alternative mendedahkan kononnya usaha ini diterajui oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub selaku timbalan presiden AMANAH yang turut membawa masuk bersamanya beberapa ahli parlimen dari PKR.
Terdahulu, ketika majlis penamaan calon PEJUANG yang berlangsung di pekan Slim River pada 13hb Ogos 2020, presiden AMANAH, Mohamad Sabu, memberikan komitmen seluruh partinya menyokong pencalonan Khusyairi malah berkata pencalonan itu “hak Mahathir yang dianiayai oleh kepimpinan Bersatu.”
Majlis tersebut mengejutkan semua yang hadir, termasuk wakil dari DAP, Anthony Loke, yang berkata tidak pernah berlaku dalam sejarah tanah air majlis untuk meraikan calon bebas dengan kehadiran penduduk setempat yang begitu besar.
PETALING JAYA: Keterdesakan beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) susulan pengunduran beramai-ramai pemimpin dan akar umbi dari seluruh negara menjurus kepada penularan berita palsu kononnya enam pemimpin AMANAH bakal menyertai PPBM.
Berita berkenaan yang muncul di sebuah portal alternatif mendedahkan kononnya usaha ini diterajui oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub selaku timbalan presiden AMANAH yang turut membawa masuk bersamanya beberapa ahli parlimen dari PKR.
Anehnya, dalam pada berita itu ditularkan, Salahuddin sibuk menguruskan ceramah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bagi menyokong calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang bakal bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil Slim 29hb Ogos ini.
Ceramah di Slim turut menyaksikan ramai daripada pemimpin yang dinamakan oleh portal tersebut giat berkempen bagi menyokong calon PEJUANG yang turut mewakili Blok Bebas Kuasa Ketiga pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terdahulu, ketika majlis penamaan calon PEJUANG yang berlangsung di pekan Slim River pada 13hb Ogos 2020, presiden AMANAH, Mohamad Sabu, memberikan komitmen seluruh partinya menyokong pencalonan Khusyairi malah berkata pencalonan itu “hak Mahathir yang dianiayai oleh kepimpinan Bersatu.”
Majlis tersebut mengejutkan semua yang hadir, termasuk wakil dari DAP, Anthony Loke, yang berkata tidak pernah berlaku dalam sejarah tanah air majlis untuk meraikan calon bebas dengan kehadiran penduduk setempat yang begitu besar.
“Saya rasa terkejut dengan kehadiran malam ini, kita sedang berada di tengah-tengah wabak Covid-19, ramai orang tidak berani berhimpun, tidak berani keluar di tempat di mana ramai orang.
“Dan sekrang ini pula, Tun Dr Mahathir (Mohamad) bukan lagi Perdana Menteri, saya ingat ramai daripada penyokong-penyokong Tun Dr Mahathir (Mohamad) dah ikut Perdana Menteri baharu.
“Lepas itu, malam ini penamaan calon bebas…saya tak lama dalam politik, tak sampai pun 20 tahun, tetapi tak pernah dalam 20 tahun ini saya lihat kalaau calon bebas ada majlis pengenalan calon.
“Biasanya calon bebas hanya diketahui pada hari penamaan calon, tak ada majlis sebesar ini.
“Tetapi malam ini, walaupun hanya mempekenalkan calon bebas, kita lihat kehadiran dan penglibatan tuan-tuan dan puan-puan yang cukup meyakinkan dan memberikan semangat,” katanya.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
