
دعوأن منتري كواڠن ڤلسو، ڬاجي ڤنجاوات عوام بوليه دباير والاوڤون بلنجاوان دتولق
Mohamed Haniff Khatri Abdulla semalam menyangkal dakwaan menteri kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kononnya kerajaan tidak akan dapat membayar gaji penjawat awam dan petugas barisan hadapan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat.
Haniff berkata, Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan membolehkan kerajaan membentangkan belanjawan untuk suku pertama sahaja, merangkumi hal-hal penting seperti pembayaran gaji dan dana untuk berdepan Covid-19.
“Apabila dah jadi menteri, rajin-rajinlah ambil tahu Perlembagaan tentang perkara yang berkaitan dgn tugas kamu tu… Takkanlah tidak mendapat nasihat daripada kementerian sendiri dan rakan menteri yg senior lain?
“Jangan kelirukan rakyat dengan kedangkalan sendiri. Tugas Menteri Kewangan ni jauh bezanya dengan mengurus bank….. KPI utama adalah kesejahteraan rakyat dengan mengimbangi keperluan pemegang taruh ekonomi negara yang lain berdasarkan peruntukan Perlembagaan.
PETALING JAYA: Mohamed Haniff Khatri Abdulla semalam menyangkal dakwaan menteri kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kononnya kerajaan tidak akan dapat membayar gaji penjawat awam dan petugas barisan hadapan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat.
Haniff berkata, Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan membolehkan kerajaan membentangkan belanjawan untuk suku pertama sahaja, merangkumi hal-hal penting seperti pembayaran gaji dan dana untuk berdepan Covid-19.
Belanjawan penuh pula boleh dibentang kemudian, katanya lagi.
Menurut Perkara 102, jika dalam keadaan “yang luar biasa keterdesakannya”, Parlimen boleh membenarkan perbelanjaan bagi “sebahagian” tahun kewangan sehinggalah Rang Undang-undang Perbekalan diluluskan.
“Maka orang awam tak perlu anggap jika ahli Parlimen tidak menyokong belanjawan, jika cadangan mereka ditolak, yang mereka tidak mengutamakan negara,” katanya.
Haniff kemudian menasihati Zafrul untuk elak daripada mengelirukan rakyat dengan kenyataan yang tidak berasas.
“Apabila dah jadi menteri, rajin-rajinlah ambil tahu Perlembagaan tentang perkara yang berkaitan dgn tugas kamu tu… Takkanlah tidak mendapat nasihat daripada kementerian sendiri dan rakan menteri yg senior lain?
“Jangan kelirukan rakyat dengan kedangkalan sendiri. Tugas Menteri Kewangan ni jauh bezanya dengan mengurus bank….. KPI utama adalah kesejahteraan rakyat dengan mengimbangi keperluan pemegang taruh ekonomi negara yang lain berdasarkan peruntukan Perlembagaan.
“Rasanya Tengku Zafrul gagal dgn teruk sekali sebagai Menteri Kewangan.”
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
