DAKWAAN NIK NAZMI KONONNYA ANWAR DIJEMPUT DALAM ‘LANGKAH SHERATON’ SAH PEMBOHONGAN

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pejuang Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

دعوأن نئ نازمي كونونڽ انور دجمڤوت دالم ‘لڠكه سهيرتونء صح ڤمبوهوڠن

Ahli parlimen setiawangsa telah membuat satu penipuan yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras apabila beliau menyatakan bahawa Anwar Ibrahim turut dijemput dalam ‘Langkah Sheraton’ yang telah menjatuhkan kerajaan PH.

Saya tahu apa yang sebenarnya berlaku mengenai ‘Langkah Sheraton’.

Apa yang dinyatakan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad dalam rancangan temu-bual beliau dengan Malaysian Insight merupakan satu pendustaan yang tidak boleh diterima sama sekali.




Semua yang terlibat dalam ‘Langkah Sheraton’ adalah kalangan yang tidak mahu menerima Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama negara.

‘Langkah Sheraton’ adalah semata-mata untuk menggagalkan dan menyekat perancangan Anwar Ibrahim untuk mengambil-alih kepimpinan negara.

Semua pemimpin-pemimpin utama yang merancangkan serta menggerakkan ‘Langkah Sheraton’ adalah kalangan yang sama sekali tidak mahu bersekongkol dengan Anwar Ibrahim.

Mereka menolak kepimpinan Anwar Ibrahim secara ekstrim.

Jadi bagaimana ahli parlimen setiawangsa boleh menipu menyatakan bahawa Anwar Ibrahim telah dijemput tetapi beliau nenolak kerana tidak mahu mengkhianati PH.

Pada realitinya, tokoh pemimpin yang dijemput untuk bersama menjayakan ‘Langkah Sheraton’ serta ditawarkan jawatan perdana menteri semula adalah tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebenarnya menolak pelawaan tersebut kerana tidak mahu bekerjasama dengan kalangan kleptokrats serta tidak mahu mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada PH pada PRU14.

Loading...

Fakta Nik Nazmi Nik Ahmad salah dan tidak tepat sama sekali!! Ini pendustaan tahap gaban.

Kalau Nik Nazmi Nik Ahmad nak berbohong untuk mencipta ‘political mileage’ untuk Anwar Ibrahim sekalipun; lakukanlah secara bijak sedikit.

Pembohongan secara bodoh oleh Nik Nazmi Nik Ahmad adalah tidak berasas serta tak mudah dipercayai oleh keseluruhan rakyat malaysia.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...