Dakwaan rasuah AirAsia: Laporan media kenyataan Perdana Menteri tidak tepat, mengelirukan

Menurut kenyataan dari PMO, Perdana Menteri berkata jika wang disalurkan kepada individu maka ia adalah rasuah. Sumber (gambar): TTF

دعوأن رسواه ايراسيا: لاڤورن ميديا كڽاتأن ڤردان منتري تيدق تڤت، مڠليروكن

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tuduhan pemberian rasuah kepada AirAsia adalah transaksi “offset.”

Menurut PMO, laporan media bahawa Perdana Menteri berkata tuduhan pemberian rasuah ke atas AirAsia adalah transaksi “offset” tidak tepat dan mengelirukan.

“Pejabat Perdana Menteri memandang serius laporan yang tidak tepat dan tidak mencerminkan kenyataan sebenar Perdana Menteri.

“Perdana Menteri ingin menasihati pihak media supaya lebih sensitif dan bertanggungjawab kerana berita yang tidak tepat akan menimbulkan kesan yang tidak baik ke atas pemahaman orang ramai mengenai sesuatu isu.”


PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tuduhan pemberian rasuah kepada AirAsia adalah transaksi “offset.”

“Menjawab soalan daripada pihak media, beliau menjelaskan ia adalah prosedur biasa untuk kerajaan meminta “offset” di dalam pembelian berharga tinggi.




Bagaimanapun, beliau menafikan berkata AirAsia mendapat manfaat daripada prosedur ini.

Menurut kenyataan dari PMO, Perdana Menteri berkata jika wang disalurkan kepada individu maka ia adalah rasuah.

“Jika bukan untuk kepentingan peribadi, maka beliau berpandangan ia bukanlah rasuah.

“Beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan samada ia adalah rasuah atau tidak,” katanya.

Menurut PMO, laporan media bahawa Perdana Menteri berkata tuduhan pemberian rasuah ke atas AirAsia adalah transaksi “offset” tidak tepat dan mengelirukan.

“Pejabat Perdana Menteri memandang serius laporan yang tidak tepat dan tidak mencerminkan kenyataan sebenar Perdana Menteri.

“Perdana Menteri ingin menasihati pihak media supaya lebih sensitif dan bertanggungjawab kerana berita yang tidak tepat akan menimbulkan kesan yang tidak baik ke atas pemahaman orang ramai mengenai sesuatu isu.”

Loading...

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...