Dakwaan RM35 juta untuk bina dewan di Pagoh, Muhyiddin diminta sahkan

Isnin lalu, Muhyiddin mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di enam buah negeri dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Pemulihan di negeri-negeri lain. Sumber (gambar): Fail TTF

دعوأن رم35 جوت اونتوق بينا ديوان د ڤاڬوه، محي الدين دمينتا سهكن

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin digesa mengesahkan kesahihan sepucuk surat yang memaklumkan peruntukan lebih RM35 juta yang diluluskan untuk membina sebuah dewan di Parlimen Pagoh.

Surat tersebut tular di media sosial dan menimbulkan kemarahan netizen yang mempersoal kewajaran peruntukan tersebut dalam pada kerajaan memerangi wabak Covid-19 dan mengawal pergerakan.

Selasa lalu, Muhyiddin berjaya mendapatkan perkenan Yang Di-Pertuan Agong untuk melaksanakan Darurat atas alasan perlu memerangi wabak Covid-19.

Ada yang bertanya apakah rasionalnya kerajaan membuat peruntukan sebegitu besar untuk pembinaan Dewan sedangkan kerajaan sendiri mengaku penularan wabak Covid-19 kebelakangan ini makin teruk hingga terpaksa isytihar Darurat.


PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin digesa mengesahkan kesahihan sepucuk surat yang memaklumkan peruntukan lebih RM35 juta yang diluluskan untuk membina sebuah dewan di Parlimen Pagoh.

Surat tersebut tular di media sosial dan menimbulkan kemarahan netizen yang mempersoal kewajaran peruntukan tersebut dalam pada kerajaan memerangi wabak Covid-19 dan mengawal pergerakan.




Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, mempersoalkan kenapa perlu jumlah sebegitu besar untuk membina sebuah dewan di Pagoh, dan apakah kewajaran melaksanakan projek itu ketika negara berdepan wabak.

“Kalau surat ini tidak benar, elok nafikan segera,” katanya di Facebook.

Akmal mengulas gambar sekeping surat yang dialamatkan kepada ketua pengarah kerja raya, bertarikh 11hb Jan, mendakwa peruntukan sebanyak lebih RM35 juta diluluskan bagi pelaksanaan projek pembinaan dewan di Parlimen Pagoh.

Kesahihan gambar itu masih belum dipastikan dan pihak Perdana Menteri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Selasa lalu, Muhyiddin berjaya mendapatkan perkenan Yang Di-Pertuan Agong untuk melaksanakan Darurat atas alasan perlu memerangi wabak Covid-19.

Sehari sebelum itu, Muhyiddin mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di enam buah negeri dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Pemulihan di negeri-negeri lain.

Ada yang bertanya apakah rasionalnya kerajaan membuat peruntukan sebegitu besar untuk pembinaan Dewan sedangkan kerajaan sendiri mengaku penularan wabak Covid-19 kebelakangan ini makin teruk hingga terpaksa isytihar Darurat.

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...