Dalam pada wabak Covid-19 menggila, Annuar Musa cadang Pilihan Raya Umum ke-15

Rakyat kesal dan mahukan keadilan, bukan Pilihan Raya Umum. Sumber (gambar): Fail TTF

“Menurut Perlembagaan Persekutuan, sekiranya Muhyiddin meminta Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen, Baginda Tuanku berhak menangguhkan permintaan itu, sekaligus memaksa Muhyiddin untuk meletakkan jawatan jika kerajaan gagal memperolehi majoriti apabila undian ke atas Belanjawan 2021 dibuat”

Raggie Jessy Rithaudeen

دالم ڤد وابق چوۏيد-19 مڠڬيلا، اننوار موسى چادڠ ڤيليهن راي عموم ك-15

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa hari ini mencadangkan agar Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan untuk menyelesaikan pertikaian antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Annuar, yang merupakan penyokong tegar kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mencadangkan Pilihan Raya sebagai jalan penyelesaian sekiranya perbincangan antara UMNO dan PPBM berhubung “siapa yang harus memiliki suara terbesar” tidak berakhir dengan baik.

Malangnya, Annaur lupa bahawa perbalahan antara UMNO dan PPBM merupakan perbalahan dalaman barisan kepimpinan Muafakat Nasional dan tidak ada kaitan langsung dengan kebajikan rakyat jelata.




Baru-baru ini, bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman cuba merampas kuasa kerajaan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal dan dibantu oleh orang-orang kuat Muhyiddin, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Rahman Dahlan.

Percubaan itu gagal apabila Shafie terpaksa menasihati Yang Di-Pertua Negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah, sekaligus mencetuskan Pilihan Raya Negeri yang menyaksikan ramai anggota parlimen dari Perikatan Nasional dan Barisan Nasional keluar masuk dari Sabah.

Ahli-ahli parlimen ini jelas dilihat melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan untuk merencatkan penyebaran wabak Covid-19 tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun beratus-ratus rakyat Malaysia terus menerus dikenakan tindakan setiap hari kerana melanggar SOP yang sama.

Episod ini menyebabkan kes Covid-19 yang pada ketika itu terkawal melonjak naik ke tahap yang tidak pernah terjadi sebelum ini sehingga memberikan impak yang amat buruk terhadap perniagaan, pelabur dan ekonomi.

Rakyat kesal dan mahukan keadilan, bukan Pilihan Raya Umum. 

Sekiranya Annuar benar-benar berjiwa rakyat dan ingin menstabilkan iklim politik yang tidak menentu ini, dia harus memberikan tekanan kepada Muhyiddin untuk membenarkan usul tidak percaya terhadapnya dijadikan agenda utama apabila parlimen bersidang kelak.

Sesungguhnya, cadangan agar pilihan raya umum diadakan merupakan cadangan paling bodoh yang mampu dibuat oleh seorang yang bergelar “pemimpin” dan sudah pasti memarahkan rakyat.

Loading...

Annuar jelas menunjukkan bahawa dia, seperti Muhyiddin, lebih memikirkan soal wang, kuasa dan kedudukan daripada soal kebajikan rakyat hingga tergamak melakukan perkara yang sudah pasti akan mendatangkan nahas kepada rakyat biasa yang cukup muak dengan pentadbiran Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Sekiranya Muhyiddin cuba menghalang usul tidak percaya daripada dibentang di Dewan Rakyat, beliau tetap akan ditolak oleh majoriti ahli-ahli parlimen apabila undian dibuat ke atas cadangan Belanjawan 2021.

Muhyiddin sedar akan perkara ini. Atas sebab itulah beliau dan Annuar Musa bersedia untuk mempertaruhkan nyawa rakyat Malaysia dengan mencadangkan pembubaran parlimen agar beliau tidak menanggung malu apabila terbukti tidak memiliki undi majoriti.

Apa pun, menurut Perlembagaan Persekutuan, sekiranya Muhyiddin meminta Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen, Baginda Tuanku berhak menangguhkan permintaan itu, sekaligus memaksa Muhyiddin untuk meletakkan jawatan jika kerajaan gagal memperolehi majoriti apabila undian ke atas Belanjawan 2021 dibuat.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...