‘Dalil’ Hadi terkini berkenaan ‘Melayu dirasuk syaitan’ terlalu bersangka buruk terhadap ummah

Raggie Jessy Rithaudeen

ءداليلء هادي تركيني بركنأن ءملايو درسوق شيطانء ترلالو برسڠك بوروق ترهادڤ امة

Datuk Seri Abdul Hadi Awang memetik satu lagi dalil, kali ini, dengan dakwaan orang muda Melayu beragama Islam di negara ini “dirasuk syaitan-syaitan” tertentu kerana lemah mendaftar untuk menjadi pengundi.

Dalam kenyataan terkini, duta khas perdana menteri ke Timur Tengah itu berkata, sikap itu berlaku kerana mereka terpengaruh dengan syaitan berwajah manusia.




“Kita menyaksikan kebencian terhadap politik berlaku kerana terpengaruh dengan syaitan berwajahkan manusia, termasuk umat Islam sendiri yang digerakkan oleh dalang-dalang mereka.

“Pemikiran Islam dalam diri mereka tidak bermaya, khususnya dalam kalangan bangsa yang beragama Islam.

“Hari ini di negara kita, dapat menyaksikan bahawa kaum Melayu yang beragama Islam paling lemah mendaftar untuk menjadi pengundi kerana berjaya dirasuk oleh syaitan-syaitan warisan penjajah dahulu,” katanya.

Menurut Hadi, pada masa sama, bangsa lain yang bukan Islam pula saling berlumba dengan mengambil peluang untuk merampas kuasa politik.

Terus terang, saya amat malu apabila seorang pemimpin yang menggelarkan dirinya ketua parti yang dilabel sendiri “parti Islam” mengeluarkan kata-kata sebegini yang terlalu bersangka buruk terhadap ummah.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...