Dalil terbaru PAS: Kalau dulu pertukaran kerajaan tanpa pilihan raya ‘anugerah Allah,’ kini penyingkiran Ahmad Faizal bertukar jadi ‘pengkhianatan’

Menurut perkhabaran, hubungan UMNO-PAS kini amat regang dan mungkin menjurus kepada retaknya kerjasama kedua-dua parti itu menerusi Muafakat Nasional. Sumber (gambar): Fail TTF

داليل تربارو ڤاس: كالاو دولو ڤرتوكرن كراجأن تنڤا ڤيليهن راي ءانوڬره الله،ء كيني ڤنڽيڠكيرن احمد فيزال برتوكر جادي ءڤڠخيانتنء

EXCO kanan Perak Razman Zakaria menganggap usaha menukar pemimpin kerajaan yang berlaku dalam dewan undangan negeri (DUN) hari ini adalah suatu “penderhakaan dan pengkhianatan”.

EXCO berkenaan, yang turut merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak berkata usul yang dibawa Adun Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim memang tepat dan mesti disokong semua.

Bagaimanapun, pada 5hb Mac 2020, Razman mendakwa kemenangan pertukaran kerajaan tanpa proses pilihan raya yang menjatuhkan Pakatan Harapan merupakan suatu anugerah daripada Allah.

UMNO pula bertindak mengkhianati PAS hari ini apabila sanggup bersekongkol dengan DAP untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.


PETALING JAYA: EXCO kanan Perak Razman Zakaria menganggap usaha menukar pemimpin kerajaan yang berlaku dalam dewan undangan negeri (DUN) hari ini adalah suatu “penderhakaan dan pengkhianatan”.

EXCO berkenaan, yang turut merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak berkata usul yang dibawa Adun Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim memang tepat dan mesti disokong semua.




Bagaimanapun, pendirian Razman bercanggah dengan pendirian yang diambil olehnya sendiri sebaik sahaja kerajaan pimpinan Perikatan Nasional tumbang disebabkan oleh pengkhianatan PPBM terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum Langkah Sheraton, PAS memang menunjukkan minat membentuk sebuah gabungan perpaduan lebih menyeluruh berdasarkan konsep kerajaan perpaduan yang diketengahkan oleh Mahathir.

Bagaimanapun, PAS berubah pendirian apabila nampak peluang untuk berkuasa bersama UMNO dan bertindak mengkhianati Mahathir untuk bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada 5hb Mac 2020, Razman mendakwa kemenangan pertukaran kerajaan tanpa proses pilihan raya yang menjatuhkan Pakatan Harapan merupakan suatu anugerah daripada Allah.

Menurutnya, kemenangan tersebut tidak menghadapi sebarang kepayahan tetapi ia adalah hasil usaha yang sedikit.

UMNO pula bertindak mengkhianati PAS hari ini apabila sanggup bersekongkol dengan DAP untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Menurut perkhabaran, hubungan UMNO-PAS kini amat regang dan mungkin menjurus kepada retaknya kerjasama kedua-dua parti itu menerusi Muafakat Nasional.

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...