DAP, AMANAH ‘memondan’ depan Anwar

“Selagi Anwar masih bergelar ketua pembangkang, selagi itulah ‘usaha’ Pakatan Harapan untuk mengambil alih Putrajaya merupakan lawak jenaka antarabangsa melibatkan sekumpulan pelakon sarkas yang meroyan tahap gaban sambil memondan di depan Anwar”

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya terpanggil untuk mengulas penafian Khalid Samad kononnya AMANAH tidak pernah memberi masa seminggu kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Menurut laporan, Khalid berkata, kedudukan Anwar sebagai ketua pembangkang dan usaha Pakatan Harapan untuk mengambil alih Putrajaya adalah dua isu berasingan.




Inilah masalahnya apabila seorang individu yang menggelarkan dirinya ‘pemimpin rakyat’ sanggup melacurkan maruahnya demi mempertahankan seorang lagi individu yang terang-terang menipu rakyat.

Pertama sekali, adalah penipuan jika mana-mana pemimpin dari Pakatan Harapan mendakwa gabungan itu sedang ‘berusaha’ untuk mengambil alih Putrajaya.

Kedua, Pakatan Harapan naif jika bersangka bahawa kedudukan Anwar sebagai ketua pembangkang dan usaha mengambil alih Putrajaya adalah dua isu berasingan.

Setakat ini, hanya seorang sahaja pemimpin yang benar-benar berusaha untuk menjatuhkan kerajaan zalim pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Yang lain semuanya masih terbawa-bawa dengan cerita dongeng Anwar dan belum sedar lagi biarpun ditipu berulang kali oleh Anwar dan kuncu-kuncu yang sewaktu dengannya dari PKR.

Perkara ini menyebabkan Pakatan Harapan kini bagaikan “pungguk rindukan bulan,” yang hanya pandai merancang dan menabur janji tetapi akhirnya melacurkan maruah kerana terlalu berpaut dengan nostalgia dan “pengalaman manis sewaktu berbulan madu dengan Anwar pada satu ketika dahulu.”

Hakikatnya, pembangkang kini terdiri daripada dua blok berasingan, iaitu blok bebas kuasa ketiga (BBKK) pimpinan Mahathir dan blok Pakatan Harapan yang memondan dan terpaksa menari-nari depan Anwar apabila disuruh berbuat demikian.

Loading...

BBKK berpegang pada prinsip dan perjuangan rakyat, manakala Pakatan Harapan hanya berpegang pada sisip dan kedungguan Anwar.

Khalid Samad dan sekutunya harus sedar bahawa rakyat sudah meluat dengan Anwar yang sememangnya merupakan penyebab utama Langkah Sheraton dan pengkhianatan PPBM.

Apa tidaknya, sedangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mudah meracuni pemikiran ahli-ahli parlimen dari PPBM kerana ahli-ahli parlimen ini percaya bahawa Anwar akan menerkam Mahathir pada bila-bila masa.

Sudah pastilah ahli-ahli parlimen ini boleh diperdaya dengan begitu mudah memandangkan Anwar sendiri terang-terang mempamirkan sifat kemaruk kuasanya yang tidak sepertinya sebelum ini dalam sejarah tanah air.

Kesemuanya berpunca dari usaha sulit Anwar untuk mengumpul akuan-akuan bersumpah sahih dan palsu untuk cuba mencantas Mahathir, di mana usaha ini bermula tidak sampai tiga bulan selepas Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan berterusan sehingga Pakatan Harapan tumbang.

Di manakah Khalid Samad pada ketika itu? Mengapakah Khalid dan pemimpin-pemimpin lain dari AMANAH dan DAP tidak pernah menegur Anwar dan otai-otainya agar mereka berhenti sabotaj Mahathir dan menakutkan pelabur?

Kini, apabila kerajaan pimpinan Pakatan Harapan tumbang, Khalid cuba menimbulkan persepsi kononnya Pakatan Harapan sedang ‘berusaha’ mengambil alih Putrajaya, walhal, DAP dan AMANAH tidak berani berdepan dengan realiti dan masih ‘menari-nari’ depan Anwar bagaikan “malam tak ada akhir.”

Sudah-sudahlah, tak usah lagi memperdaya pengundi. Rata-ratanya, seluruh rakyat Malaysia nampak bahawa Anwar merupakan masalah terbesar puak pembangkang dan harus disingkirkan seandainya benar misi bersama adalah untuk menumbangkan kerajaan zalim pimpiman Muhyiddin.

Selagi Anwar masih bergelar ketua pembangkang, selagi itulah ‘usaha’ Pakatan Harapan untuk mengambil alih Putrajaya merupakan lawak jenaka antarabangsa melibatkan sekumpulan pelakon sarkas yang meroyan tahap gaban sambil memondan di depan Anwar.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...