
دڤ، أمانه، واريثن ناماكن محضير چالون ڤردان منتري
Sebuah portal berita hari ini melaporkan tiga parti utama dalam Pakatan Harapan (PH), iaitu DAP, Amanah dan Warisan, mahukan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 dan Anwar Ibrahim sebagai timbalannya seandainya pembangkang dapat menguasai semula Putrajaya.
Ini, menurut portal berkenaan, diberitahu oleh sumber dalaman yang berkata keputusan tersebut dicapai setelah pertimbangan dibuat terhadap beberapa kemungkinan, termasuk menamakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Setakat yang TTF dimaklumkan, DAP dan AMANAH “tidak menamakan Anwar” sebagai calon Perdana Menteri kerana maklum Mahathir memiliki sokongan blok yang agak besar melibatkan WARISAN dan sebilangan tertentu ahli-ahli parlimen UMNO, PPBM dan Sarawak.
Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 29hb Febuari 2020, seminggu selepas Mahathir letak jawatan.
PETALING JAYA: Sebuah portal berita hari ini melaporkan tiga parti utama dalam Pakatan Harapan (PH), iaitu DAP, Amanah dan Warisan, mahukan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 dan Anwar Ibrahim sebagai timbalannya seandainya pembangkang dapat menguasai semula Putrajaya.
Ini, menurut portal berkenaan, diberitahu oleh sumber dalaman yang berkata keputusan tersebut dicapai setelah pertimbangan dibuat terhadap beberapa kemungkinan, termasuk menamakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Maklumat yang diperolehi TTF seakan-akan sama.
Setakat yang TTF dimaklumkan, DAP dan AMANAH “tidak menamakan Anwar” sebagai calon Perdana Menteri kerana maklum Mahathir memiliki sokongan blok yang agak besar melibatkan WARISAN dan sebilangan tertentu ahli-ahli parlimen UMNO, PPBM dan Sarawak.
Mahathir meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 susulan tekanan yang dikenakan terhadapnya oleh sekumpulan pemimpin PPBM yang ingin membawa parti berkenaan keluar dari Pakatan Harapan untuk menyertai PAS dan UMNO.
Akibat daripada tindakannya itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 setelah Baginda Tuanku bertindak berjumpa dengan setiap seorang ahli Dewan Rakyat, satu per satu.
Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 29hb Febuari 2020, seminggu selepas Mahathir letak jawatan.
Dalam tempoh beberapa minggu berikutnya, Muhyiddin bertindak mengumumkan pelucutan jawatan Mahathir dan beberapa lagi sekutu Mahathir dalam PPBM.
Susulan itu, Mahathir bertindak mengambil tindakan undang-undang bersama lima lagi ahli PPBM yang terjejas apabila memfailkan saman terhadap Muhyiddin dan RoS menerusi peguam mereka, Mohamed Haniff Khatri Abdulla.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
