DAP bela Haziq? PH harus berhenti tuduh pembangkang! 

Dato’ Razlan Rafii

Tuduhan YB Zuraida dan PKR Terengganu bahawa pembangkang mendalangi video intim Azmin Ali – Haziq adalah satu tuduhan yang tak masuk akal.

Beliau mungkin tak sedar atau sendiri buat-buat tak sedar bagaimana berpecahnya PKR dan bagaimana parti ‘reformasi’ tersebut mempunyai kem-kem dalaman.

Di pemilihan, ramai yang menyokong Azmin dari Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. Kemudian, apabila kem Azmin menang di dalam kempen (terutamanya di peringkat cabang) parti biarpun Anwar menyokong Rafizi, Anwar mula gusar dan melantik kepimpinan negeri dari kalangan mereka yang kalah.

Ini menaikkan kemarahan Azmin.


Politik PKR memang kotor dan jijik – mereka bergaduh, menuduh sesama sendiri, dan yang paling tak sangka, boleh buat rakaman untuk memastikan lawan mereka dimalukan.

Bukan itu sahaja, umum kena selidik kaitan DAP di dalam membela Haziq, di mana YB Rayer adalah orang yang dikatakan rapat dengan peguam Haziq. Peguam Haziq pula adalah orang kuat DAP.

Apakah ada kaitan DAP di dalam kes ini sehingga sanggup melindungi Haziq? Cuba lihat gambar-gambar di bawah:

Kami sebagai rakyat malu dan tak tahu nak letak muka di mana apabila melihat kerajaan kami sanggup mencemarkan Syawal hanya semata-mata kerana mahu rebut kuasa.

Haziq dan Azmin sehingga hari ini di halalkan memegang jawatan PKR, malah kepimpinan PKR ibarat tidak ada rasa malu dan insaf melihat mereka yang dikaitkan dengan ‘kaum sodomi’ mendominasi kepimpinan PKR.

Saya membuat kenyataan ini bertujuan untuk memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung dengan tuduhan pemimpin PKR yang menunding jadi ke pembangkang!

Rakyat perlu diberikan cerita yang benar disebalik cerita seks parti PKR. Pemimpin PKR pula harus insaf dan bertaubat di atas kelakuan pemimpin mereka yang dilihat sesetengah pihak mengamalkan kehidupan kaum sodomi.

Berhenti salahkan pembangkang! Kamu harus selesaikan masalah dalaman dan jangan membawa budaya sodom ini di dalam kehidupan rakyat Malaysia!

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...