DAP dan Anwar sudah terkena sumpitan Mahathir (Bahagian Satu)

“Suka tak suka, DAP pada ketika ini berada dalam keadaan paling lemah, di mana kedua-dua Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng teramat takutkan Mahathir. Mereka tahu bahawa Mahathir memiliki sokongan lebih 30 ahli parlimen dari UMNO (ada yang secara langsung dan ada pula yang rahsia), 18 dari PAS, tujuh dari AMANAH, majoriti dari PPBM, sepuluh dari DAP dan sebilangan tertentu dari Sabah dan Sarawak. Selebihnya dipegang oleh gandingan Azmin-Zuraida, termasuklah majoriti ahli-ahli parlimen dari PKR (lebih 30 orang), Sabah dan Sarawak”

Raggie Jessy Rithaudeen

(دڤ دان انور سوده تركنا سومڤيتن محضير ﴿بهاڬين ساتو

Banyak sudah diperkatakan berkenaan “the numbers game,” iaitu persoalan “siapakah yang memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen,” samada Tun Dr Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya sudahpun menulis berpuluh artikel dan menerbitkan berbelas video berhubung perkara ini, termasuklah satu siri artikel tiga bahagian yang menjelaskan secara terperinci sebab sebenar Mahathir tidak menghiraukan “the numbers game.”




Biarpun begitu, di sini, saya ingin membawa perhatian saudara saudari sekalian kepada dua perkara yang agak penting yang mungkin akan memeranjatkan semua, iaitu:

1. DAP pada ketika ini berada dalam keadaan yang teramat kritikal dan paling lemah sejak Pilihan Raya Umum ke-14, dan

2. DAP sedang cuba sedaya-upaya untuk memastikan agar Datuk Seri Najib Tun Razak akan memasuki perjanjian kerjasama sulit dengan Anwar.

Saya akan merungkai perkara pertama dalam artikel ini dan bahagian kedua dalam satu video yang akan saya siarkan menerusi beberapa saluran Facebook dan YouTube Jumaat ini, bersamaan 3hb Januari 2020.

Dalam siaran tersebut, saya akan membuat satu pembongkaran yang amat mengejutkan berhubung usahasama sulit beberapa ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO bersama Anwar biarpun ahi-ahli MKT tersebut tahu bahawa DAP akan teramat berkuasa sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri.

Buat masa ini, saya ingin saudara saudari merujuk kepada beberapa insiden yang berlaku kebelakangan ini melibatkan kedua-dua DAP dan Anwar sebelum saya mengemukakan satu persoalan kepada anda semua. Insiden-insiden yang saya maksudkan ialah:

1. Penangkapan empat pemimpin DAP, termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat dengan aktiviti mempromosi, menyokong, menghasut, mengalakkan dan mencari dana serta pemilikan item berkaitan dengan kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

Loading...

2. Laporan polis yang saya buat pada 18hb Oktober 2019, di mana saya meminta pihak PDRM bekerjasama dengan pihak Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membekukan akaun-akaun bank milik Ramasamy dan DAP bagi mengesan transaksi kewangan melibatkan mana-mana organisasi pengganas, termasuk LTTE.

3. Beberapa kenyataan yang dibuat oleh Mahathir berhubung “pelan peralihan kuasa,” termasuklah kenyataan terbaru yang dibuatnya pada 14hb Disember 2019, di mana beliau secara terbuka memberikan isyarat bahawa beliau tidak akan membenarkan Anwar menjadi Perdana Menteri.

4. Pembatalan kongres anti-jawi Dong Zong secara paksa oleh PDRM menerusi perintah mahkamah, di mana Dong Zong mendapat sokongan penuh DAP untuk menganjurkan kongres tersebut biarpun ianya haram kerana mempertikaikan secara terbuka penggunaan jawi dalam pembelajaran Bahasa Kebangsaan.

Tidak ramai yang tahu, penggunaan jawi dalam pembelajaran Bahasa Kebangsaan sudahpun termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, sekaligus menjadikan kongres Dong Zong haram kerana mempertikaikan isu sensitif berhubung status Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi kebangsaan dengan cara yang mampu ganggu-gugat keselamatan negara.

Apapun, kesemua di atas merupakan penentangan secara langsung oleh Mahathir terhadap kedua-dua Anwar dan DAP.

Saya mengaku, tindakan polis terhadap pemimpin-pemimpin DAP berhubung isu LTTE dan juga pembatalan kongres Dong Zong sebenarnya adalah atas budi bicara dan jasa baik pihak PDRM, bukannya Mahathir.

Tetapi sesiapaun yang sudah masak dengan pencaturan politik negara sedia maklum bahawa kesemua tindakan ini secara tidak langsung bersangkut-paut dengan Mahathir dan adalah atas arahan beliau.

Persoalannya:

1. mengapakah DAP dan Anwar berdiam diri?

2. mengapakah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak berani mempertikaikan Mahathir dan terpaksa menggunakan Ronnie Liu untuk berbuat demikian?

3. mengapakah Anwar yang kononnya memiliki sokongan ‘lebih 100 ahli parlimen” tidak berani menyelar Mahathir?

4. jika benar Anwar memiliki ‘sokongan lebih 100 ahli parlimen’, mengapakah beliau tidak mendapatkan Akuan Bersumpah daripada mereka? Bukankah Akuan Bersumpah ini akan meyakinkan lebih ramai ahli parlimen untuk menyertai beliau dalam sekelip mata?

5. jika benar Anwar memiliki sokongan majoriti ahli parlimen seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, mengapakah beliau tidak merancang dengan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang untuk mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk mengusulkan pemecatan Mahathir?

Nampak tak?

DAP tahu bahawa gandingan Mahathir, Datuk Seri Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin sudahpun memiliki sokongan minimum 132 ahli parlimen, manakala Anwar pula memiliki sokongan kurang daripada 70 orang ahli.

DAP turut tahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM sudahpun mengumpulkan cukup bukti berhubung gejala keganasan, salahguna kuasa, jenayah dan rasuah melibatkan beberapa parti dan pemimpin Pakatan Harapan.

Mahathir pula mempunyai seribu satu sebab untuk menjurus ke arah pengisytiharan darurat, lebih-lebih lagi jika beliau rasakan Tommy Thomas merupakan baruah Anwar dan DAP yang tidak boleh diharapkan untuk menjamin keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam.

Dengan mengambil kira semua ini, hanya tinggal satu sahaja cara bagi DAP dan Anwar sabotaj kepimpinan Mahathir, iaitu dengan bertindak keluar dari Pakatan Harapan dengan niat meruntuhkan Kerajaan Persekutuan.

Masalahnya, bukan hanya DAP dan Anwar tidak memiliki sokongan majoriti ahli parlimen, sekiranya tercetus pilihan raya umum ke-15, kedua-dua DAP dan Anwar tidak akan mampu berpaut kepada UMNO kerana perkara ini tidak akan mendapat restu PAS.

DAP juga tidak berani bertindak keluar Pakatan Harapan kerana khuatir sebilangan tertentu ahli parlimen parti berkenaan akan berpaling tadah pada saat terakhir kerana tidak ingin pilihan raya diadakan.

Ini memandangkan gaji mereka sahaja sudah bernilai berpuluh-puluh ribu ringgit jika diambil kira elaun sekali. Mereka tahu bahawa DAP akan tersungkur sekiranya Pilihan Raya Umum diadakan dalam masa terdekat.

Mereka juga amat mengenali Mahathir dan tahu bahawa beliau tidak akan teragak-agak menasihati Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat, di mana sekiranya pengisytiharan tersebut dibuat, ramai di antara ahli-ahli DAP dan PKR akan ‘terkorban’.

Nampak tak sekarang?

Suka tak suka, DAP pada ketika ini berada dalam keadaan paling lemah, di mana kedua-dua Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng teramat takutkan Mahathir.

Mereka tahu bahawa Mahathir memiliki sokongan lebih 30 ahli parlimen dari UMNO (ada yang secara langsung dan ada pula yang rahsia), 18 dari PAS, tujuh dari AMANAH, majoriti dari PPBM, sepuluh dari DAP dan sebilangan tertentu dari Sabah dan Sarawak.

Selebihnya pula dipegang oleh gandingan Azmin-Zuraida, termasuk majoriti ahli-ahli parlimen dari PKR (lebih 30 orang), Sabah dan Sarawak.

Jika PAS tiba-tiba berpaling tadah atas apa jua sebab sekalipun, Mahathir tetap memiliki sokongan majoriti, sekaligus bermakna kedua-dua DAP dan Anwar tidak akan berani mengusulkan undi tidak percaya apabila parlimen bersidang kelak.

Persoalannya, jika benar DAP begitu lemah dan terdesak, mengapakah Kit Siang masih beriya-iya mengutuk Najib berhubung skandal 1MDB sedangkan beliau seharusnya cuba untuk bekerjasama dengan Najib?

Bukankah kerjasama ini akan mendorong Najib untuk memujuk PAS agar bekerjasama semula dengan Anwar dan Kit Siang, dan bukankah kerjasama ini akan menyelamatkan tengkuk Lim Guan Eng daripada dakwaan melibatkan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang sekiranya kesemua ahli parlimen dari UMNO, DAP dan AMANAH bersetuju untuk bersama Anwar?

Inilah persoalan yang akan saya rungkai dalam video yang  bakal saya siarkan petang Jumaat ini menerusi beberapa saluran Facebook dan YouTube, termasuklah saluran Facebook Raggie Jessy Rithaudeen.

Sehingga berjumpa lagi…



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...