DAP juara pecah perintah

Roslan Sms

DAP pernah lakukannya terhadap PAS.

Hari ini PKR pula merasakan jarumnya.

Pecah dan perintah …. apabila berjaya memecah-belah dan melaga-laga pimpinan parti kawan DAP akan naik berkuasa. Yang lain semua lemah dan berkecai sedang ia kukuh dan kuat lantas terbit sebagai kuasa politik paling berkuasa.

Timbalan Presiden PKR yang juga selaku MB Selangor cuba mengimbangi tugas dan tanggungjawab beliau lalu terpaksa muncul diplomatik menghargai peranan parti-parti yang di belakang kerajaan beliau.

Kata beliau kerajaan Selangor masih kerajaan Pakatan Rakyat kerana hakikatnya masih mengiktiraf PKR, PAS dan DAP sebagai komponan kerajaan setelah diberi mandat dalam PRU lalu.

Ternyata pihak-pihak tertentu tidak senang dengan sikap Azmin itu.

Pan Selangor yang tiada satu kerusi pun kecuali 2 kerusi DUN dan 3 Parlimen yang dicurinya dari PAS naik berang. (Rupanya Pan juga parti kleptokrat kerana mencuri).

Ini kerajaan PH kata mereka bukan PR.

Itu Pan, anehnya Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang hari ini makan gaji di bawah SUA DAP yang juga Ketua Menteri P.Pinang turut menyuarakan perkara sama sekaligus menyanggah Timbalan Presidennya sendiri.

Kata beliau tiada lagi kerajaan PR di Selangor yang ada cuma kerajaan PH!

Saifuddin ini dari parti mana?

Dulu segelintir pimpinan PAS juga begitu. Kenyataan Presiden PAS terang-terang mereka kritik dan serang. Hari in mereka inilah yang bersekongkol dengan DAP menjadi pengkhianat buat PAS.

Siapa dalang dan mastermind nya?

Menurut portal FMT SUA DAP Lim Guan Eng yang juga KM P.Pinang turut mengkritik Azmin. Beliau dilaporkan berkata:

“Kerajaan Pulau Pinang dipimpin Pakatan Harapan. Kami semua sebahagian daripada PH di peringkat nasional dan tiada lagi Pakatan Rakyat; itu sebabnya ada PH,”

Lihatlah kuatnya pengaruh DAP.

Saifuddin walaupun SUA PKR dan sepatutnya mempertahankan Timbalan Presidennya sebaliknya memilih taat dan mempertahankan majikannya Guan Eng.

DAP sedang dan telah memasukkan jarumnya dalam PKR pula.

Mungkinkalh lahir seumpama Pan juga dari perpecahan PKR nanti? Riak-riaknya telah nampak.

Itulah DAP.

Bila berkuasa dan.punya sedikit pengaruh habis yang dilihatnya kacau dan lemah ditelannya.

Hubaya -hubaya, DAP juara pecah dan perintah.

Comments

Comments