DAP-MCA bertikam lidah isu anti-China

Charles Santiago dilaporkan menggesa anggota Jawatankuasa Pusat MCA Chew Kok Woh untuk mengambil tahu kebimbangan yang dinyatakan terhadap keinginan jangka panjang China untuk memperkukuh kuasanya terhadap Hong Kong. Sumber (gambar): Fail TTF

دڤ-مچ برتيكام ليده ايسو انتي-چينا

Ahli Parlimen Kluang Charles Santiago hari ini mendakwa ahli MCA terdesak timbulkan isu di mana tidak ada isu.

Merujuk kepada kenyataan anggota Jawatankuasa Pusat MCA Chew Kok Woh pagi tadi, Charles mempertahankan haknya untuk menyuarakan pandangannya berhubung undang-undang keselamatan baharu yang dicadangkan oleh China bagi Hong Kong.

Menurut Chew, DAP perlu mengisytiharkan samada pendapat Charles merupakan pendapat peribadinya ataupun pendapat rasmi parti yang diwakilinya.

Walaubagaimanapun, Charles menandatangani memorandum berkenaan sebagai pengerusi sebuah organisasi bukan kerajaan, sekaligus menimbulkan tanda tanya motif sebenar Chew dan samada Chew sendiri mewakili MCA dalam mengutarakan pandangannya.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kluang Charles Santiago hari ini mendakwa ahli MCA terdesak timbulkan isu di mana tidak ada isu.

Merujuk kepada kenyataan anggota Jawatankuasa Pusat MCA Chew Kok Woh pagi tadi, Charles mempertahankan haknya untuk menyuarakan pandangannya berhubung undang-undang keselamatan baharu yang dicadangkan oleh China bagi Hong Kong.




“Ini jelas kes terdesak untuk ‘menjolok sarang tebuan’ walaupun ia bukanlah satu isu,” Charles dipetik sebagai berkata.

Pagi tadi, Charles dikecam oleh Chew kerana menandatangani memorandum anti-China bersama-sama 190 anggota Parlimen dan penggubal undang-undang daripada 23 negara.

Menurut Chew, DAP perlu mengisytiharkan samada pendapat Charles merupakan pendapat peribadinya ataupun pendapat rasmi parti yang diwakilinya.

Walaubagaimanapun, Charles menandatangani memorandum berkenaan sebagai pengerusi sebuah organisasi bukan kerajaan, sekaligus menimbulkan tanda tanya motif sebenar Chew dan samada Chew sendiri mewakili MCA dalam mengutarakan pandangannya.

Menurut Chew, tindakan Charles mengkritik China bersama-sama ahli-ahli parlimen lain dari Barat amat memalukan kerana Hong Kong merupakan sebahagian daripada China.

Justeru, menurut Chew, China bebas untuk merangka sebarang undang-undang dan Hong Kong memang memerlukan undang-undang seumpama itu untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan bagi persekitaran perniagaan yang kondusif.

Charles bagaimanapun mempersoal sama ada Chew tidak dapat menggunakan kebebasan bersuaranya kerana peraturan DAP.

Loading...

“Saya hanya membuat telahan kerana dia seperti tidak memahami logik mudah bahawa saya ada pandangan yang bebas, yang saya bebas suarakan sebagai individu atau anggota sesebuah organisasi.

“Kerana itulah yang saya lakukan ketika menandatangani memorandum antarabangsa terhadap China,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Charles turut dilaporkan menggesa Chew untuk mengambil tahu kebimbangan yang dinyatakan terhadap keinginan jangka panjang China untuk memperkukuh kuasanya terhadap Hong Kong.

“Adakah dia tak pernah dengar perkara seperti (tuduhan) menjual rahsia negara, khianat, hasutan yang digunakan oleh China untuk menangkap penentang?

“Saya juga menentang cubaan mengganggu sistem kehakiman Hong Kong memandangkan undang-undang baru yang dirangka China dapat menyaksikan perbicaraan dilakukan secara tertutup.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...