DAP melampau: Terbaru, Ronnie Liu dakwa Dr Maza tak layak jadi Mufti

Roslan SMS

دڤ ملمڤاو: تربارو، رونني ليو دعوا در ماذا تق لايق جادي مفتي

Ronnie Liu, ADUN DAP Sg Pelek Selangor ini juga AJK DAP Pusat. Beliau seorang keturunan Cina yang bukan Islam.

Sebelum ini beliau hadir di Kajang bersama hampir 300 bekas anggota PKM dalam majlis memperingati dan mengagungkan perjuangan pengganas komunis yang diharamkan itu.




Terbaru dalam isu tulisan Jawi dan sekolah vernakular Ronnie dengan biadap mempertikaikan kenyataan Dr Maza Mufti Perlis serta mendakwa yang Dr Maza tidak layak menjadi seorang Mufti.

Tidak pernah sebelum ini sesiapa pun dikalangan orang Melayu Islam tergamak mempertikaikan kelayakan dan perlantikkan seorang Mufti. Kita mungkin ada kalanya tidak selari dengan pandangan mereka tetapi adat, adab dan budaya Melayu Islam tidak pernah mengajar kita bertindak biadap dan kurang ajar terhadap institusi yang dilantik Raja-raja Melayu ini.

Siapa si Ronnie ini?

Malah mana-mana pemimpin agama lain Kristian, Buddha, Hindu , Sikh dan apa sahaja, kita umat Melayu Islam diajar hormat dan tidak pertikaikan kelayakan mereka walau bukan Raja-raja Melayu yang lantik mereka.

Saya kira kenyataan Ronnie ini cukup biadap dan tidak wajar dikeluarkan apalagi oleh seorang berstatus ADUN.

Kaduk bila naik junjung ternyata cukup bahaya.

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...