DAP mempamerkan sikap “cakap tak serupa bikin”

TTF: Salient point raised by former DAP life-member: Pls take note.

KUALA LUMPUR: Gabungan pembangkang PKR terutama kepemimpinan tertinggi DAP yang sering berdegar-degar mahu membanteras rasuah seharusnya ‘membuktikannya’ terlebih dahulu dengan meletakkan jawatan sekiranya berdepan dengan tuduhan tersebut.

Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat berkata, tindakan itu perlu dilakukan sekiranya kepemimpinan DAP terlalu mengambil berat soal integriti, rasuah dan salah guna kuasa apatah lagi memperkasa usaha untuk membanteras rasuah termasuk dalam manifesto populis mereka.

Jelas beliau, jika pemimpin-pemimpin berkenaan benar-benar ikhlas mahu berbakti kepada rakyat, mereka seharusnya tidak teragak-agak untuk meletakkan jawatan.

“Kepemimpinan tertinggi DAP sering kali menuduh pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO mengamalkan rasuah serta perlu meletakkan jawatan, namun apabila terkena batang hidung sendiri, tiada tindakan dilakukan.

“Jika mereka (kepemimpinan DAP) mahu mengamalkan ketelusan, jangan cakap tidak serupa bikin kerana mereka hanya akan membazirkan wang rakyat apabila tidak mahu meletakkan jawatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bekas Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau dilaporkan berkata, pemimpin DAP yang didakwa atas kesalahan rasuah digesa untuk melepaskan jawatan dengan kadar segera supaya tidak menjadi beban kepada parti.

Walaupun tidak menyatakan nama pemimpin tersebut, satu-satunya pemimpin DAP yang terpalit dengan kesalahan rasuah kini adalah Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Guan Eng berdepan perbicaraan kes rasuah melibatkan beliau dan ahli perniagaan, Phang Li Koon berkaitan perjanjian jual beli lot tanah dan banglo bernilai RM2.8 juta beberapa tahun lalu.

Sumber: Utusan Online

Comments

Comments


Loading...