
دڤ ڤچت ببراڤ اهلي كران بنتو ادون ڤاول يوڠ كلوار ڤرتي
DAP bertindak memecat beberapa ahli parti yang dikatakan membantu ADUN meninggalkan parti itu bagi menyokong Perikatan Nasional.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Chong Chieng Jen, dilaporkan berkata jawatankuasanya memutuskan untuk memecat Kong Lai Ling, Ng Sook Whye dan Khi Poh Chong.
Menurut Chong, keputusan ini berdasarkan aduan yang dibuat terhadap mereka kepada jawatankuasa tatatertib setelah ketiga-tiga mereka mengadakan bantahan balas untuk menyokong wakil rakyat Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.
Pada 9hb Mac lalu, Yong mengumumkan keluar dari parti bersama ADUN Buntong A Sivasubramaniam untuk menyokong Perikatan Nasional di Perak. Sivasubramaniam kemudian bergabung dengan Gerakan, yang kini merupakan sekutu PN.
PETALING JAYA: DAP bertindak memecat beberapa ahli parti yang dikatakan membantu ADUN meninggalkan parti itu bagi menyokong Perikatan Nasional.
Menurut sebuah portal berita, perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Chong Chieng Jen.
Chong dilaporkan berkata jawatankuasanya memutuskan untuk memecat Kong Lai Ling, Ng Sook Whye dan Khi Poh Chong.
Menurut Chong, keputusan ini berdasarkan aduan yang dibuat terhadap mereka kepada jawatankuasa tatatertib setelah ketiga-tiga mereka mengadakan bantahan balas untuk menyokong wakil rakyat Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.
“Kesemua mereka didapati aktif membantu Paul Yong Choo Kiong yang telah dipecat oleh jawatankuasa ini walaupun jawatankuasa ini telah memberikan amaran kepada ahli-ahli sebelum ini supaya tidak lagi bersama dengan ahli-ahli wakil rakyat yang telah lompat parti atau dipecat.
“Kong Lai Ling juga telah menerima jawatan sebagai Ahli Majlis Daerah Batu Gajah kerajaan PN,” katanya.
“Jawatankuasa disiplin sekali lagi menegaskan bahawa jawatankuasa ini tidak akan bertoleransi dengan mana-mana ahli yang menerima jawatan dengan kerajaan PN, atau masih bersama-sama atau membantu ahli-ahli wakil rakyat yang telah mengkhianati perjuangan parti.
“Tindakan tegas akan diambil sekiranya jawatankuasa ini menerima aduan,” Chong dilaporkan sebagai berkata.
Yong merupakan bekas ADUN DAP bagi kawasan DUN Tronoh.
Pada 9hb Mac lalu, Yong mengumumkan keluar dari parti bersama ADUN Buntong A Sivasubramaniam untuk menyokong Perikatan Nasional di Perak.
Sivasubramaniam kemudian bergabung dengan Gerakan, yang kini merupakan sekutu PN.
Menurut Chong, jawatankuasa tatatertib DAP telah mengenal pasti ahli parti yang menghadiri sidang media Sivasubramaniam pada 26hb Jun untuk mengumumkan kemasukannya ke Gerakan dan telah mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap mereka.
Mereka adalah Dan Adriel Daniel Velloo, Angeline Philip Joe Philip, P Murugiah, Joseph Hendry Kovil Pillai John, Amir Abdullah, R Marimutu, S Theivanai dan William John Johin Bin.
Chong menambah, jawatankuasa itu turut memutuskan untuk menggantung anggota parti Loh Eng Soon selama satu tahun kerana memburuk-burukkan nama pimpinan negeri dalam akaun Facebook.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
