DAP, PKR disangka berjuang demi rakyat, kini dilihat sekutu kerajaan

Zafrul Ismail. Sumber (gambar): TTF

Zafrul Ismail

دڤ، ڤقر دساڠك برجواڠ دمي رعيت، كيني دليهت سكوتو كراجأن

Kini semakin ramai yang ‘terkurung’ dalam situasi pandemik yang menekan kehidupan dan kos kelangsungan hidup semakin membebankan.

Ramai yang kehilangan punca pendapatan, pemotongan gaji, kerugian perniagaan sehingga ada yang terpaksa gulung tikar saban hari.

Semakin ketara kerajaan PN serta angkatan bersekutunya lebih mengutamakan dan men’jaga’ jawatan, kuasa dan kepentingan diri.




Sesi Belanjawan 2021 tempohari juga menyaksikan pembentangan yang penuh muslihat yang dilakukan secara terang-terangan demi menjaga periuk nasi masing-masing sehingga pihak yang disangkakan berjuang demi rakyat seperti DAP dan PKR tiba-tiba dilihat bersekongkol dengan kerajaan dan pemerintahan yang diterajui oleh mereka yang tidak amanah dan tiada integriti.

Apakah DAP dan PKR kini sekutu kerajaan?

Permasalahan rakyat masih belum ada jalan penyelesaian kerana apa yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan tidak memberi faedah dan kebaikan kepada rakyat secara menyeluruh dan merapatkan jurang perbezaan antara pendapatan yang rendah ke atas kos sara hidup yang semakin ketara dan membimbangkan.

Mengapa sebahagian besar peruntukan belanjawan adalah untuk JASA? Hanya untuk meng’halal’kan cara mereka mengaburi mata rakyat dengan penjenamaan semula.

Sedar atau tidak semakin tinggi hutang negara, semakin besar tanggungan cukai yang akan dikenakan dan kemungkinan besar GST akan diperkenalkan semula oleh kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan kerajaan zalim bakal terbentuk sepenuhnya.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...