‘DAP, PKR mula tunduk pada UMNO, perlu wujudkan barisan pembangkang baharu segera’

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

ءدڤ، ڤقر مولا توندوق ڤد امنو، ڤرلو وجودكن باريسن ڤمبڠكڠ بهارو سڬراء

Satu barisan baharu pembangkang yang berprinsip dan berintegriti harus diujudkan segera.

Rakyat tidak boleh harap dan percaya lagi pada PKR dan DAP yang sudah mula tunduk pada UMNO sehingga membiarkan pemimpin-pemimpin kleptokrats UMNO ‘cucuk hidung’ mereka serta ‘heret ke kiri dan ke kanan’.

Anwar Ibrahim adalah pengkhianat nombor satu negara!! Dia adalah seorang yang banyak masalah yang terpaksa tunduk serta akur pada kerajaan ‘tebuk atap’ PN.




Untuk bertindak bertentangan dengan kehendak kerajaan ‘tebuk atap’ PN kemungkinannya Anwar Ibrahim akan dihantar pulang semula ke sg buloh!! Kemungkinannya, itu yang dia takut.

Pemimpin-pemimpin DAP pula sanggup menggadai maruah dan prinsip perjuangan mereka demi Anwar Ibrahim.

Rakyat dan pengundi cina harus mula berfikir untuk tidak beri kuasa mutlak lagi pada parti DAP pada pru15 nanti!! Ini untuk elakkan DAP dari menjadi ‘besar kepala’.

Para pengundi cina harus membahagi-bahagikan kuasa undi pada parti-parti lain juga seperti MCA mahupun Gerakan.

Bila kuasa diberikan terlalu banyak pada DAP kadang-kala mereka cepat menjadi angkuh dan lalai.

Pada pru15 nanti masyarakat cina harus bijak membuat percaturan politik norma baru. Biar parti-parti berteraskan bangsa cina turut dipilih secara sama rata.

Parti DAP pun sudah tidak boleh diharap lagi. Prinsip perjuangan untuk tegakkan kebenaran mereka sudah semakin ‘layu’.

Loading...

Pemimpin-pemimpin DAP sudah mula tunduk pada kleptokrats UMNO. Mereka bukan lagi semacam dahulu.

Apa yang memburukkan lagi keadaan parti DAP terlalu membiarkan diri mereka terus diperbodohkan serta ditipu oleh Anwar Ibrahim.

Sesungguhnya, Anwar Ibrahim adalah manusia ‘sewel’ dan apabila DAP terlalu ‘taksub’ dengan Anwar Ibrahim; sebab itu kini ramai daripada pemimpin-pemimpin DAP juga jadi semakin ‘sewel’.

Apa saja justifikasi yang cuba diterangkan oleh DAP serta PKR mengenai peristiwa ‘hitam’ pada sesi pengundian Belanjawan 2021 semalam ianya sudah terlambat.

Keseluruhan rakyat malaysia sudah hilang keyakinan dengan DAP dan PKR!! Mereka ini kalangan ‘kaki kelentong’ dan ‘pot tin kosong’ saja.

Sebagai pembangkang kita harus berani pertahankan pendirian serta prinsip perjuangan yang luhur. Samada menang atau kalah dalam proses pengundian itu adalah satu perkara yang normal.

Yang paling penting ialah kita berpegang utuh pada prinsip yang kental untuk membela keseluruhan rakyat sepertimana yang dipamerkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, pemimpin-pemimpin Pejuang serta Amanah semalam!!

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...