DAP Sabah isytihar sokong penuh Shafie sebagai calon Perdana Menteri, saran GPS turut serta

Pencalonan Shafie dikatakan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang dijangka akan berlaku tahun ini. Sumber (gambar): Fail TTF

دڤ سابه اشتهار سوكوڠ ڤنوه ڤنچلونن شافعي سباڬاي ڤردان منتري، سارن ڬڤس توروت سرتا

DAP Sabah mengisytiharkan sokongannya terhadap konsep “Perdana Menteri Malaysia Timur” dan menzahirkan sokongan padu terhadap penamaan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri ke-9.

Dalam satu kenyataan, komponen DAP Malaysia Timur itu berkata GPS turut harus sokong Shafie kerana Perdana Menteri dari Malaysia Timur akan memastikan Sabah dan Sarawak tidak lagi dipinggirkan sebagai rakan kongsi dalam persekutuan.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pencalonan Shafie yang dikatakan dipersetujui oleh kedua-dua DAP dan AMANAH dalam sebuah mesyuarat tidak rasmi pada 25hb Jun 2020.

Menurut Mahathir, mesyuarat tersebut turut menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, masing-masing sebagai Timbalan Perdana Menteri I dan II.


PETALING JAYA: DAP Sabah mengisytiharkan sokongannya terhadap konsep “Perdana Menteri Malaysia Timur” dan menzahirkan sokongan padu terhadap penamaan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri ke-9.

Dalam satu kenyataan, komponen DAP Malaysia Timur itu berkata GPS turut harus sokong Shafie kerana Perdana Menteri dari Malaysia Timur akan memastikan Sabah dan Sarawak tidak lagi dipinggirkan sebagai rakan kongsi dalam persekutuan.




“Bersama Shafie Apdal sebagai perdana menteri, kami dapat mencapai dua tujuan dengan satu tindakan – Malaysia Timur dapat menerajui dasar persekutuan dan pada masa yang sama mengembalikan hak negeri Sabah dan Sarawak,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini.

Menurut kenyataan itu lagi, Shafie mampu memastikan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 di samping memastikan Sabah dan Sarawak tidak akan terpinggir dalam belanjawan pembangunan.

DAP Sabah turut berkata Shafie dapat menyelesaikan masalah royalti minyak, pembayaran tunai petroleum, telaga minyak, dan hak negeri “yang tidak dapat dipersetujui oleh perdana menteri sekarang dan sebelum ini dari Semenanjung Malaysia.”

“Kami dengan ini mendesak semua anggota parlimen Malaysia Timur, untuk menyokong Shafie bagi melakar sejarah Malaysia – dengan memiliki perdana menteri Malaysia pertama dari timur.

“Khususnya, kami menyeru PBS Sabah, Star, PBRS, dan GPS Sarawak untuk memberikan keyakinan mereka terhadap Shafie sebagai PM.

“Ini akan membolehkan Sabah dan Sarawak dapat memperoleh keuntungan daripada lebih banyak pembangunan dan dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat di sini,” katanya sepertimana dilaporkan.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pencalonan Shafie yang dikatakan dipersetujui oleh kedua-dua DAP dan AMANAH dalam sebuah mesyuarat tidak rasmi pada 25hb Jun 2020.

Loading...

Menurut Mahathir, mesyuarat tersebut turut menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, masing-masing sebagai Timbalan Perdana Menteri I dan II.

Pencalonan ini dikatakan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang dijangka akan berlaku tahun ini.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...