DAP serah surat tunjuk sebab kepada Ronnie Liu

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Chong Chieng Jen berkata, pihaknya kini hanya menunggu respons daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu. Sumer (gambar): Fail TTF

Jawatankuasa Disiplin DAP mengesahkan telah menyerahkan surat tunjuk sebab kepada Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu.

Baru-baru ini, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke merujuk Ronnie kepada jawatankuasa disiplin parti itu berhubung kenyataannya bahawa Pakatan Harapan (PH) boleh membentuk kerajaan tanpa Bersatu.

Bahkan, Ronnie turut memberi amaran kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Bersatu sering membuat keputusan yang bercanggah dengan kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

Tindakan Anthony Loke disambut baik Armada di mana Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berterima kasih kepadanya kerana mengambil tindakan segera.


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Disiplin DAP mengesahkan telah menyerahkan surat tunjuk sebab kepada Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, pihaknya kini hanya menunggu respons daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu.




“(Surat tunjuk sebab dah beri?) Sudah diberi dan kita menunggu respons darinya,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

 “Prosesnya sekarang adalah memberi surat tunjuk sebab dan selepas itu dia akan balas dan selepas itu barulah kita buat keputusan.

Ketika ditanya adakah Setiausaha DAP Selangor itu diberi tempoh masa untuk membalas surat tersebut, Chieng Jen menegaskan pihaknya telah menetapkan satu tempoh untuk Ronnie.

“Ada tapi saya tidak mahu bincangkan perkara itu,” katanya.

Baru-baru ini, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke merujuk Ronnie kepada jawatankuasa disiplin parti itu berhubung kenyataannya bahawa Pakatan Harapan (PH) boleh membentuk kerajaan tanpa Bersatu.

Bahkan, Ronnie turut memberi amaran kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Bersatu sering membuat keputusan yang bercanggah dengan kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

Tindakan Anthony Loke disambut baik Armada di mana Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berterima kasih kepadanya kerana mengambil tindakan segera.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...