TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Raggie Jessy Rithaudeen
دڤ تيمڤيلق ڤقر، سهكن تمبيرڠ انور
Dalam satu pendedahan yang mengejutkan, Pengarah Biro Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong secara terbuka mendakwa pendedahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berunding dengan pemimpin UMNO sebenarnya melibatkan Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Chin Tong turut mendedahkan bahawa fakta PKR berhubung ‘Langkah Sheraton’ adalah palsu dan diubah semata-mata untuk menjustifikasikan inisiatif berunding dengan kluster mahkamah dalam UMNO bagi membentuk kerajaan.
Menurut beliau, kenyataan Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa Anwar pernah dijemput untuk membawa PKR menyertai Langkah Sheraton seolah-olah memberi peringatan kepada DAP supaya ‘bersyukur’.
“Mungkin pandangan itu bertujuan memberi peringatan kepada pemimpin DAP supaya bersyukur dan tidak mempersoalkan tindakan Anwar berunding dengan Ahmad Zahid dan Najib bagi membentuk kerajaan baharu.
“Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju tentang inisiatif PKR membentuk kerajaan melalui rundingan dengan ‘kluster mahkamah’. Tetapi adalah lebih baik ia dilakukan tanpa mengubah sejarah,” kata Liew yang dipetik melalui laman blog peribadinya pada Isnin.
Pendedahan Chin Tong mengesahkan dakwaan saya selama ini bahawa gambaran yang diberikan oleh Anwar kononnya UMNO sebagai sebuah parti menerimpa positif kerjasama antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan adalah pembohongan dan sengaja diungkit bagi mengelirukan ahli-ahli parlimen.
Ianya turut mengesahkan bahawa Anwar hanya bertemu dengan Zahid dan Najib dalam kapasiti peribadi ketiga-tiga mereka dan bukannya mewakili kehendak Pakatan Harapan atau Barisan Nasional.
Jumaat lalu, saya menulis:
“Buat apa Anwar beri gambaran selama hampir seminggu kononnya UMNO ‘positif’ untuk bekerjasama dengan PKR, kemuduan buat taklimat untuk menafikan perbincangan ke hala itu?
“Nyata sekali Anwar sedang menggunakan media untuk menarik perhatian kepada dirinya agar beliau masih kelihatan relevan walaupun ditolak oleh ramai ahli parlimen dari blok pembangkang dan hampir semua dari blok kerajaan.
“Anwar sebenarnya cemas dan berharap mengelirukan semua wakil rakyat agar sebarang perbincangan antara mereka dan Tun Dr Mahathir Mohamad atau orang-orang Mahathir akan menemui jalan buntu.”
Sebelum itu, saya menulis:
“Tidak ramai tahu, Anwar menghadapi tekanan dari dalam PKR untuk hentikan bicaranya berkenaan kerjasama PKR dengan UMNO.
“DAP dan AMANAH turut tidak bersamanya 100 peratus malah ada sekumpulan ahli parlimen yang bengang isu ini dimain-mainkan.
“Anwar sebenarnya berada dalam keadaan kritikal sejak sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah lagi.
“Ini terbukti apabila beliau gagal mendapatkan Surat Akuan Bersumpah dari semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan sebelum membuat sidang media bagi mengumumkan sokongan majoriti terhadapnya.
“Malah, ada beberapa sumber dari dalam PKR yang mendakwa Anwar tidak berjaya mengumpulkan walaupun 60 Akuan Bersumpah tetapi meneruskan juga sidang medianya dengan harapan dapat mengelirukan ahli parlimen.
“Kesimpulannya, Anwar tidak disokong oleh semua dalam Pakatan Harapan.
“Begitu juga keadaanya dengan Zahid dan Najib yang hanya disokong lima ahli parlimen dari UMNO dan kurang dari 15 peratus pemimpin bahagian.
“Justeru, apabila “kluster Anwar” berjumpa dengan “kluster mahkamah” atau wakil-wakil Zahid dan Najib, mereka berbicara atas kapasiti peribadi dan tidak mewakili kehendak majoriti dalam Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.”
WAJIB BACA:
Kenapa Anwar takut buat laporan rasmi isu ugutan SPRM daripada membebel sejam depan Azam Baki?
