DAP tidak chauvinis: bolehkah kita terima pandangan ini?

Salleh Said Keruak

1. Dalam ucapannya di majlis pelancaran PH Johor di Tampoi, Tun Mahathir mengaku beliau adalah orangnya yang mencipta label DAP sebagai parti chauvinis, namun kini menyedari persepsinya terhadap DAP adalah salah.




2. Kata Mahathir, DAP adalah parti untuk semua kaum, malah ada orang Melayu dan India yang menjadi calon DAP dalam pilihan raya.  Selain itu, DAP juga menggunakan Bahasa Melayu dalam mesyuaratnya kerana jika bercakap dalam Bahasa Mandarin, ahli Melayu dan Indianya tidak faham.

3. Kata Mahathir lagi, lagu DAP juga adalah dalam Bahasa Melayu dan ini membuktikan DAP bukanlah parti chauvinis.  Ucapan Mahathir menimbulkan beberapa pertanyaan.

i. Jika sudah menyedari persepsinya tentang DAP adalah salah, kenapa tidak bubarkan sahaja PPBM dan sertai DAP bagi membentuk parti pelbagai kaum yang tidak chauvinis?

ii. Jika Mahathir mengakui tanggapannya terhadap DAP sebelum ini silap, maka apakah jaminannya yang tanggapannya tidak silap lagi kali ini?

iii. Apakah baru sekarang Mahathir sedar DAP juga mempunyai ahli Melayu dan India?

iv. Jika dahulu Mahathir tidak boleh menerima politik ‘Malaysian Malaysia’ DAP, adakah sekarang beliau telah menerima perjuangan DAP ?

v. Setelah menyedari persepsinya terhadap DAP selama ini salah, kenapa sahaja tidak minta maaf kepada Kit Siang dan DAP?  Lagi pun Kit Siang ada bersama dalam majlisnya di Tampoi tersebut.

Loading...

4. Yang jelasnya, Mahathir sama sekali tidak menunjukkan kekesalannya tentang kesilapan persepsinya terhadap DAP sebelum ini.  Melihat kepada hal ini, bolehkah kita terima pandangan politik Mahathir hari ini?  Bagi saya, tentunya tidak.

Sumber: sskeruak.blogspot.my



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...