Daripada menjaja kisah dongeng, Anwar perlu ‘reformasi’ tabiat songsang dia dulu

Khairuddin Abu Hassan

درڤد منجاج قيصه دوڠيڠ، انور ڤرلو ءريفورماسيء طبيعة سوڠسڠ دي دولو

Anwar Ibrahim yang telah dijatuhkan hukuman penjara dua kali atas kesalahan meliwat tidak layak untuk bercakap mengenai ‘reform’ politik serta pentadbiran negara. Presiden PKR ini tidak boleh untuk ‘reform’ dan berubah sikap sendiri bagaimana beliau hendak bercakap mengenai agenda ‘reform’ negara? Suruh Anwar Ibrahim ‘reform’ tabiat ‘buruk’ dan ‘songsang’ beliau terlebih dahulu baru kemungkinannya beliau layak untuk bercakap mengenai ‘reform’ dan sebagainya.

Saya masih ingat kata-kata tokoh veteran UMNO Allahyarham Haji Sulaiman Palestine yang menyatakan pada tahun 1996 bahawa selagi Anwar Ibrahim berada dalam politik maka selagi itulah lanskap politik negara akan menjadi kacau-bilau dan haru-biru.




Sesungguhnya, Anwar Ibrahim adalah ‘kaki temberang’ semata-mata. Beliau juga dapat diibaratkan seperti ‘pot tin’ kosong saja. Manusia yang cakap tak ‘serupa bikin’ dan tidak bermoral seperti Anwar Ibrahim tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Ini bukan soal politik tapi ianya adalah isu aqidah agama Islam. Orang Melayu dan umat Islam jangan mempersendakan hukum-hakam Allah swt sebelum kita diturunkan dengan kifarah yang kita semua tidak mampu untuk menanggungnya sepertimana di zaman Nabi Lut.

Beliau juga adalah pakar ‘baling batu sorok tangan.’ Dari hari mula pembabitan Anwar Ibrahim dalam politik UMNO beliau tiada wadah perjuangan yang jelas tapi hanya bercita-cita rakus untuk jadi Perdana Menteri saja.

Dari dulu sehingga kini kita tidak dapat melihat sebarang legasi pun yang Anwar Ibrahim tinggalkan. Legasi jelas yang dipamerkan oleh Anwar Ibrahim hanyalah masuk penjara dua kali kerana meliwat dan kemungkinan besar perkara ini akan berulang lagi.

Pada tahun 1997 ketika negara dilanda dengan krisis matawang serta gawat ekonomi; Anwar Ibrahim adalah sebahagian dari puncanya. Pada waktu itu Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan tunduk kepada dasar-dasar Amerika Syarikat dan blok Barat yang menggunakan IMF untuk menjajah ekonomi negara-negara sedang membangun khususnya.

Perdana Menteri Malaysia membuat pendirian jelas pada tahun 1997 bahawa kita tidak boleh terima dasar-dasar imperialisma IMF tetapi Anwar Ibrahim bersetuju dirinya dilantik sebagai Pengerusi IMF International pada waktu itu. Sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim juga senantiasa tunduk pada Amerika Syarikat dan blok barat yang dipengaruhi oleh Yahudi.

Tokoh pemimpin negara yang lantang mengkritik dasar luar Amerika Syarikat dalam pelbagai isu termasuk isu Palestine, Bosnia, Kosovo serta nasib negara-negara Islam yang ditindas oleh blok barat adalah Tun Dr Mahathir Mohamad bukan Anwar Ibrahim. Sebab itu Amerika Syarikat dan puak Yahudi pada waktu itu menyokong dan cuba memperalatkan Anwar Ibrahim bagi menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Loading...

Dalam keadaan masakini negara yang rosak dengan begitu teruk tiada siapa yang mampu memperbaikki semula sektor ekonomi kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad. Pengalaman luas dan rekod pentadbiran cemerlang negara hanya ada pada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya amat yakin sekiranya majoriti rakyat menyokong serta memenangkan Gerakan Tanah Air (GTA) secara cemerlang dan mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad balik sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga demi untuk menyelamatkan negara Tun Dr Mahathir Mohamad pasti setuju mengemudi semula kepimpinan negara.

Pada usia ini Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mahu memikul tanggungjawab sebagai fardhu kifayah ke arah membina semula Malaysia Baharu demi kesejahteraan masa depan bangsa dan negara. Hanya Tun Dr Mahathir Mohamad saja yang mampu untuk membina semula Malaysia Baharu dengan sokongan serta keyakinan dunia luar.

Rakyat Malaysia harus sokong Tun Dr Mahathir Mohamad balik sebagai Perdana Menteri Malaysia hanya untuk dua tahun saja bagi beliau melakarkan semula satu ‘blueprint’ dan ‘roadmap’ baru kearah mencipta semula kegemilang Malaysia yang bakal dihormati oleh dunia luar. Kita harus padamkan reputasi serta ‘branding’ negara kleptokrasi dan bina semula kuasa ekonomi baru ‘Harimau Asia’ sepertimana yang diciptakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mentadbir negara selama dua puluh dua tahun sebagai Perdana Menteri ke empat dahulu.

Dalam ertikata yang lain, Tun Dr Mahathir Mohamad mampu untuk mengulangi sejarah menebus semula maruah bangsa serta negara.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...