DARURAT: MUHYIDDIN ADA MUSLIHAT, GAGAL BERI GAMBARAN SEBENAR KEPADA AGONG

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

“Berani kerana benar. Jangan sama sekali takut pada pemimpin-pemimpin politik, kita harus takut hanya pada tuhan Yang Maha Esa”

Khairuddin Abu Hassan

ضرورت: محي الدين اد مصليحة، ڬاڬل بري ڬمبارن سبنر كڤد اڬوڠ

Kita mempunyai pelbagai undang-undang dan peruntukan untuk memerangi pandemik Covid-19 tanpa perlu mengisytiharkan darurat kearah mengatasinya.

Apa yang memburukkan lagi keadaan tatkala Muhyiddin Yassin mengadap KDYMM Agong di Istana Negara pada 11 januari 2020 aalah beliau sudah hilang sokongan majoriti dari ahli-ahli dewan rakyat serta tiada lagi keabsahan sebagai perdana menteri untuk menasihati Tuanku Agong.

Hakikatnya, Muhyiddin Yassin mempunyai ‘niat jahat’ untuk berselindung di sebalik pandemik Covid-19 bagi mengekalkan kedudukannya sebagai perdana menteri.




Dalam ertikata lain; Muhyiddin Yassin tidak mempunyai ‘locus standi’ untuk menasihati KDYMM Agong bagi mengisytiharkan darurat pada saat dan ketika itu.

Kita menghormati kuasa dan kedudukan KDYMM Agong di bawah perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengisytiharkan darurat cuma apa yang dipertikaikan ialah Muhyiddin Yassin tidak mempunyai kuasa lagi sebagai perdana menteri bagi menasihati KDYMM Agong kearah meluluskan pengisytiharan darurat pada hari beliau mengadap KDYMM Agong.

Sebab itulah saya mengambil tindakan ‘saman pemula’ bagi membawa kes ini ke mahkamah untuk memohon pandangan judisiari seterusnya buat pertimbangan budi bicara badan kehakiman membuat keputusan secara seadil-adilnya mengenai isu keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ‘at that material time’.

Perdana menteri kerajaan ‘tebuk atap’ PN masakini ‘muka tebal’ dan amat gila kuasa mempertahankan kedudukannya sebagai perdana menteri walaupun tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.

Sebab itilah kita sanjungi prinsip mulia Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu yang sama.

Apabila parti Bersatu menarik diri dari kerajaan PH dan hilang sokongan majoriti; atas dasar prinsip yang berteraskan kepada perlembagaan persekutuan telah menjuruskan Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri pada waktu itu.

Situasi ini telah membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad seorang tokoh negarawan yang berpegang erat pada prinsip luhur.

Loading...

Bukan seperti Muhyiddin Yassin yang telah hilang sokongan majoriti di kalangan ahli-ahli dewan rakyat tetapi masih ‘berdegil’ serta bersifat rakus untuk berpaut pada jawatan perdana menteri.

Amat jelas kepada keseluruhan rakyat Malaysia akan perangai buruk Muhyiddin Yassin.

Inilah perbedaan nilai-nilai jatidiri murni di antara Muhyiddin Yassin dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sikap tidak bertanggungjawab Muhyiddin Yassin mesti ditentang secara habis-habisan agar ‘bad precedent’ tidak dipraktikkan dalam lanskap politik tanahair kita.

Apa jadi sekali pun; hidup atau mati saya tetap akan lawan Muhyiddin Yassin secara habis-habisan.

Sesungguhnya juga, saya tidak takut untuk menghadapi situasi buruk yang bakal menimpa diri saya kerana negara kita mempunyai undang-undang.

Malaysia bukanlah sebuah negara ‘koboi’ yang mana pemimpin-pemimpin ‘haprak’ boleh bertindak sesuka hati mereka.

Jangan sama sekali takut pada pemimpin-pemimpin politik, kita harus takut hanya pada tuhan Yang Maha Esa.

Pemimpin-pemimpin yang ‘gila kuasa’ seperti Muhyiddin Yassin wajib dinyahkan secara total dari lanskap politik tanahair.

Untuk balik ke ‘lokap’ atau ‘penjara’ itu perkara ‘enteng’ bagi saya kerana telah pun melaluinya pada suatu masa dahulu.

‘Kalau takut dibadai ombak; jangan berumah di tepi pantai’.

Dalam dunia ini kita harus berpegang pada prinsip ‘yang benar tetap benar’.

‘Berani kerana benar dan takut kerana salah.

Perjuangan untuk tegakkan kebenaran mesti dijunjung erat oleh keseluruhan pemimpin-pemimpin politik sekiranya mahukan masa depan negara terus sejahtera.

Sudah sampai masanya pemimpin-pemimpin pembangkang kena bersatu hati untuk lawan sebarang bentuk kemungkaran politik sepertimana yang dianjurkan oleh Muhyiddin Yassin.

Atas dasar ini jugalah saya sanggup bersatu hati dengan semua pihak termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggembleng tenaga melawan kemungkaran.

Sebab itu jugalah pada suatu masa dahulu saya sudah mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan percaya pada Muhyiddin Yassin kerana sifatnya yang suka ‘tikam belakang’ bagi mencapai cita-cita rakus politik peribadinya.

Kerana sifat dan sikap buruk Muhyiddin Yassin inilah saya orang yang paling awal meninggalkan parti Bersatu di awal penubuhannya.

Bersyukur saya kehadrat Allah swt kerana apa yang saya perkatakan secara jujur dan ikhlas pada Tun Dr Mahathir Mohamad di awal penubuhan parti Bersatu dulu dapat dilihat sendiri kebenarannya kepada semua pihak pada hari ini.

Seandainya kita tidak menentang kerakusan politik Muhyiddin Yassin; yakinlah bahawasanya kita akan mencipta seorang lagi ‘monster’ politik yang akan meranapkan masa depan bangsa serta negara kita.

Masa depan negara kita akan hancur di bawah kepimpinan Muhyiddin Yassin yang amat lemah tetapi pandai berselindung hanya di sebalik pandemik Covid-19.

Biar ‘dicincang’ seribu saya tetap bernekad untuk menentang agenda jahat Muhyiddin Yassin ini.

‘ALANG-ALANG SELUK PEKASAM; BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN’

‘RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA!’

Tindakan ikhlas saya ini semata-mata untuk mempertahankan perlembagaan negara dan institusi Raja-Raja Melayu di bumi bertuah ini.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...