Dasyat sungguh jerat yang UMNO pasang buat Anwar sampai Anwar sendiri tak sedar

“Tindakan PH menandatangani MoU bersama kerajaan akan meningkatkan lagi peratusan undi anti-PH yang bakal membantu BKK jika calon-calon Blok Kuasa Ketiga dan PH bertembung. Manakala itu, undi anti-PH akan memihak kepada UMNO jika calon-calon PH dan UMNO bertembung, melainkan calon Blok Kuasa Ketiga bertanding sama, di mana undi anti-PH dijangka akan memihak kepada Blok Kuasa Ketiga”

Raggie Jessy Rithaudeen

دسيت سوڠڬوه جرت يڠ امنو ڤاسڠ بوات انور سمڤأي انور سنديري تق سدر

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk menandatangani MoU bersama kerajaan baru-baru ini dijangka mencetuskan “Pilihan Raya Kuasa Ketiga,” yakni Pilihan Raya yang bakal menyaksikan kebangkitan calon-calon Blok Kuasa Ketiga.

Sepintas lalu, “Kuasa Ketiga” dalam konteks politik sentiasa dinamik dan boleh membawa pelbagai makna, bergantung kepada pihak yang mewar-warkannya, persekitaran politik terbabit, peristiwa yang dimaksudkan dan sejarah politik negara.




Bagi tujuan Pilihan Raya Umum ke-15 dan terbitan ini, “Blok Kuasa Ketiga” (BKK) membawa maksud “perkumpulan calon-calon yang tidak terlibat dengan blok kerajaan (BN, PN, GPS) mahupun blok yang pernah jadi kerajaan (PH).

Rata-ratanya, orang awam meluat dengan hipokrisi PH kerana bersetuju untuk menandatangani MoU bersama kerajaan biarpun melabelkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai “Kerajaan Salin Kulit.”

Malah, bukan hanya PH melabel orang yang dilantik oleh Ismail Sabri untuk menerajui Majlis Pemulihan Negara (MPN) sebagai “pemimpin gagal,” PH mengkhianati Tun Dr Mahathir Mohamad apabila ‘menerima’ pelantikan tersebut biarpun tahu MPN merupakan idea Mahathir yang diciplak bulat-bulat oleh kerajaan.

BACA JUGA: PERJUMPAAN RAHSIA DI JAKARTA

Amat jelas bahawa PH khuatir Mahathir akan menjadi popular sekiranya beliau dilantik menerajui MPN dan berjaya menangani masalah kesihatan, politik, ekonomi dan sosial negara sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

Anwar sebenarnya menandatangani MoU bersama kerajaan untuk mengelakkan pentadbiran Ismail Sabri daripada tumbang andai kata Ismail Sabri tidak bersetuju untuk membubarkan parlimen sebelum kes-kes mahkamah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diputuskan.

Anwar tidak ingin situasi di mana Yang Di-Pertuan Agong bertindak melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri interim atau pengerusi MPN.

Tidak mustahil lantikan ini dibuat jika kluster mahkamah berjaya menumbangkan kerajaan sebab marah dengan Ismail Sabri tetapi gagal mencetuskan pembubaran parlimen disebabkan Yang Di Pertuan Agong tidak perkenan.

Loading...

Tetapi Anwar tidak sedar dirinya telah diperangkap.

Haikatnya, tindakan PH menandatangani MoU bersama kerajaan akan meningkatkan lagi peratusan undi anti-PH yang bakal membantu Blok Kuasa Ketiga (BKK) jika calon-calon BKK dan PH bertembung.

Manakala itu, undi anti-PH akan memihak kepada UMNO jika calon-calon PH dan UMNO bertembung, melainkan calon BKK bertanding sama, di mana undi anti-PH dijangka akan memihak kepada BKK.

UMNO sebenarnya sudah lama sedar bahawa sokongan pengundi Melayu-Islam terhadap parti itu berada pada tahap paling lemah dan berkemungkinan besar akan cuba untuk membentuk gabungan baharu bersama PH selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Namun, UMNO perlu memastikan bahawa PKR tidak mendapat lebih banyak undi berbanding BKK atau BN bagi mengelakkan Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.

UMNO sedar bahawa BKK akan mendapat manfaat secara langsung daripada “gelombang Kuasa Ketiga” yang bakal melanda Pilihan Raya Umum ke-15 dan khuatir BKK dan PH akan membentuk jajaran politik baharu.

Dengan menandatangani MoU bersama PH, UMNO berjaya mengurangkan kemampuan PH mengatasi BKK atau BN dari segi perolehan undi, sekaligus meningkatkan kemungkinan PH akan memilih untuk membentuk gabungan baharu bersama BN selepas Pilihan Raya.

Ini kerana Anwar lebih rela menyokong Ismail Sabri berbanding Mahathir atau sesiapa sahaja yang disokong oleh Mahathir sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Asalkan Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Mahathir kekal sebagai pembangkang, Anwar lebih rela Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan selepas kes-kes Mahkamah Zahid dan Najib diputuskan.

Ini kerana jika Najib dan Zahid didapati bersalah dan jika Mahathir kekal sebagai pembangkang, maka berkuranglah persaingan buat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri ke-10.

Namun, “gelombang Kuasa Ketiga” yang bakal melanda dijangka akan melumpuhkan terus PH, BN dan PN ke satu tahap yang mungkin memerlukan Anwar merangkak kembali ke Mahathir jika beliau ingin kekal relevan atau terlibat dalam kerajaan. 

WAJIB BACA:

Misi sebenar Kluster Mahkamah (Bahagian Satu) – Perjumpaan rahsia Zahid di Jakarta



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...