“Pilihan Raya kecil kawasan parlimen Padang Serai yang diadakan tidak lama selepas PRU15 membuktikan kewujudan gelombang penyatuan Melayu-Islam menentang kerjasama PH-BN apabila Perikatan Nasional berjaya merampas kerusi itu dengan majoriti dua kali ganda majoriti yang diperolehi Pakatan Harapan pada PRU14″
Raggie Jessy Rithaudeen
داتا ڤرو15 تيدق ريليۏن بوات ڤرن، برسديا اونتوق تسونامي ملايو-اسلام
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Sebuah portal berita pro-Pakatan Harapan menimbulkan persepsi kononnya PRN Kedah mungkin menjurus kepada perubahan pentadbiran.
Menurut portal itu, sejak 2008, pengundi Kedah memberi kemenangan kepada tiga kerajaan berbeza, iaitu Pakatan Rakyat, BN dan PH.
Untuk menyokong hujah ini, portal berkenaan memetik data PRU 2022 yang dibeli daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang kononnya memberikan beberapa petunjuk berkenaan takat sokongan PN mutakhir ini.
TONTON: KESILAPAN TERBESAR ANWAR IALAH TERIMA JAWATAN PMX ATAS EHSAN ZAHID HAMIDI
Menurut data itu, ada 14 kerusi DUN di Kedah di mana PN meraih lebih daripada 60 peratus undi – nilai ambang yang sering digunakan parti politik bagi menentukan kerusi tersebut sebagai “sangat selamat”.
Data itu mencadangkan hanya separuh daripada keseluruhan kerusi DUN di Kedah sebagai “sangat selamat” untuk PN, berbeza dengan Kelantan dengan lebih dua pertiga kerusi dalam kategori itu.
Namun, portal itu gagal mengetengahkan beberapa petunjuk lain yang mencadangkan dengan jelas kewujudan gelombang penyatuan Melayu-Islam yang dijangka memudaratkan UMNO dan melemahkan Pakatan Harapan pada PRN kali ini.
Antaranya:
1. Perhimpunan jentera sukarelawan pemuda (bawah umur 30 tahun) Perikatan Nasional Kedah yang dilancarkan oleh Menteri Besar Kedah mencatatkan kehadiran lebih daripada 100 ribu pemuda Melayu-Islam.
2. Jika diambil kira jentera sukarelawan dari kalangan mereka yang berumur 31 tahun ke atas, tidak mustahil angka ini mencecah 300 ribu, hampir 20 kali ganda jumlah yang menghadiri rumah terbuka PMX di Kedah.
3. Di Selangor, rumah terbuka anjuran Perikatan Nasional mencatatkan kehadiran hampir empat kali ganda jumlah yang menghadiri rumah terbuka PMX, walaupun PMX mempelawa selebriti terkenal seperti Siti Norhaliza dan Amy Search.
4. Begitu juga, rumah-rumah terbuka anjuran Perikatan Nasional di bahagian-bahagian DUN Pulau Pinang mencatatkan kehadiran luar biasa walaupun kawasan itu dianggap kawasan kuat Pakatan Harapan.
5. Pilihan Raya kecil kawasan parlimen Padang Serai yang diadakan tidak lama selepas PRU15 membuktikan kewujudan gelombang penyatuan Melayu-Islam menentang kerjasama PH-BN, apabila Perikatan Nasional berjaya merampas kerusi itu dengan majoriti dua kali ganda majoriti yang diperolehi Pakatan Harapan pada PRU14.
6. Gelombang ini tercetus kerana rakyat rasa tertipu dengan kerjasama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang didirikan atas tipu muslihat presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
7. Tipu muslihat ini makin disedari ramai, termasuk penipuan kononnya “kerajaan perpaduan BN-PH” didirikan atas titah Yang Di-Pertuan Agong.
8. Segolongan pengundi Cina turut dijangka menolak Pakatan Harapan pada PRN yang akan datang kerana meluat dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menaikkan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri.
9. Mereka meluat dengan kegagalan Anwar menekan agar Zahid disiasat atas penglibatannya dalam skandal LCS, sepertimana yang dijanjikan oleh Anwar sendiri dan beberapa pemimpin PKR yang kini menjawat jawatan menteri dalam kerajaan pimpinan Anwar.
10. Mereka juga meluat dengan kegagalan Anwar menunaikan hampir kesemua janji pilihan Raya, termasuk janji untuk tidak melakukan lantikan politik, janji untuk memulihkan ekonomi dan menurunkan kos sara hidup, janji untuk tidak memegang portfolio menteri kewangan dan janji untuk tidak melibatkan ahli keluarga dalam kerajaan (atau melawan nepotisme), antara lain.
11. Pengundi Melayu-Islam tidak boleh terima kerjasama antara Zahid, Anwar dan DAP – mereka rasa tertipu kerana Zahid bersumpah atas nama Allah sebelum PRU15 bahawa beliau tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP.
12. Inilah antara sebab data PRU15 tidak relevan buat PRN yang akan datang.
13. PRU15 didirikan atas janji-janji palsu yang dimungkiri tanpa segan dan silu, menyebabkan lanskap pengundi kini terbahagi kepada dua kumpulan nyata – pengundi Muslim (pro-pembangkang) dan bukan Muslim (pro-kerajaan).
14. Portal yang membuat ‘analisis data PRU15’ itu gagal menjelaskan bahawa peratus Melayu-Islam yang keluar mengundi pada PRU15 jauh lebih rendah daripada peratus Cina dan India yang mengundi.
15. Pada ketika itu, ramai Melayu-Islam dari kalangan penyokong UMNO mengesyaki bahawa Zahid akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP dan teragak-agak untuk keluar mengundi.
16. Kini, penyokong UMNO sudah lihat sendiri bagaimana Zahid mengkhianati kepercayaan mereka, dan atas sebab inilah peratus Melayu-Islam yang keluar mengundi dijangka meningkat berlipat kali ganda, sekaligus memberikan kemenangan besar buat Perikatan Nasional di Selangor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
17. Petunjuknya ialah “gelombang perubahan” yang berlaku di Padang Serai, dan tidak mustahil Negeri Sembilan turut jatuh ke tangan Perikatan Nasional.
#PMX #PRN #Anwar #Zahid #PerikatanNasional
