Dato’ Azwan: Gabungan G3 pertahan Perlembagaan Persekutuan

Gabungan lebih 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membentuk Gagasan Tiga Malaysia (G3) dilancarkan secara rasmi hari ini, tidak bersifat rasis sebaliknya sebagai wadah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Penasihat G3, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, penubuhan gagasan itu tepat pada masanya dalam usaha memperjuangkan hak-hak istimewa termaktub dan dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.


KUALA LUMPUR: Gabungan lebih 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membentuk Gagasan Tiga Malaysia (G3) dilancarkan secara rasmi hari ini, tidak bersifat rasis sebaliknya sebagai wadah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Penasihat G3, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, penubuhan gagasan itu tepat pada masanya dalam usaha memperjuangkan hak-hak istimewa termaktub dan dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, hasil kesepakatan ahli gabungan dan Lembaga Pengarah Kebangsaan G3, hala tuju dan matlamat utama ditetapkan adalah membela kepentingan Islam, orang Melayu, hak bumiputera dan kedaulatan institusi diraja.

“Gabungan G3 bukan bersifat rasis sebaliknya dibentuk atas kesedaran perlunya satu medium suara menggabungkan kehendak ramai berkaitan hak-hak istimewa yang dijamin selama ini.

“Penubuhan NGO ini bertujuan menjaga, memelihara dan mempertahan kepentingan Perlembagaan Persekutuan sebagai peringatan kepada pihak tertentu supaya jangan cuba mengganggu-gugat keistimewaan sedia ada, tidak mengambil hak orang Melayu dan kacau kedaulatan raja-raja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi memperkenalkan G3 di Ibu Pejabat Jaringan Melayu Malaysia (JMM), di sini hari ini.

Turut hadir ke sidang akhbar pengenalan G3

Yang turut hadir, Pengerusi G3, Ragvinder Singh Jessy; Naib Pengerusinya, Amran Ahmad dan Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.

Sumber:Utusan Malaysia

Comments

Comments


Loading...