Datuk Bandar pura-pura mati, masuk keranda

Menurut media tempatan, Torres berulang kali dikritik oleh pegawainya sendiri ketika cuba memberi alasan sebab beliau gagal membuka pusat-pusat kuarantin kecemasan bagi mangsa-mangsa Coronavirus. Sumber (gambar): Harian Metro

داتوق بندر ڤورا-ڤورا ماتي، ماسوق كراندا

Seorang Datuk Bandar di Daerah Tantara di Peru cuba bermain mati setelah didapati polis melanggar peraturan berkurung bagi membendung penyebaran wabak Coronavirus di negara itu.

Datuk Bandar terbabit, Jaime Rolando Urbina Torres, mabuk ketika polis tiba dan bertindak masuk ke dalam keranda dengan topeng muka menutup hidung dan mulutnya.

Torres sebelum ini dituduh oleh penduduk tempatan gagal mengambil ancaman Covid-19 dengan serius dan gagal melaksanakan langkah keselamatan di Daerah Tantara.

Penduduk tempatan marah sambil menuduh Torres hanya menghabiskan masa selama lapan hari di bandar itu sejak awal perintah berkurung dan gagal mengambil apa-apa langkah keselamatan bagi bandar berkenaan.


Seorang Datuk Bandar di Daerah Tantara di Peru cuba bermain mati setelah didapati polis melanggar peraturan berkurung bagi membendung penyebaran wabak Coronavirus di negara itu.

Datuk Bandar terbabit, Jaime Rolando Urbina Torres, mabuk ketika polis tiba dan bertindak masuk ke dalam keranda dengan topeng muka menutup hidung dan mulutnya.




Menurut polis, Torres melanggar peraturan berkurung dan penjarakan sosial agar dapat minum minuman keras bersama rakan-rakannya.

Torres sebelum ini dituduh oleh penduduk tempatan gagal mengambil ancaman Covid-19 dengan serius dan gagal melaksanakan langkah keselamatan di Daerah Tantara.

Bandar ini, bersama dengan seluruh Peru, telah dikurung 66 hari yang lalu oleh kerajaan pusat.

Tetapi penduduk tempatan marah sambil menuduh Torres hanya menghabiskan masa selama lapan hari di bandar itu sejak awal perintah berkurung dan gagal mengambil apa-apa langkah keselamatan bagi bandar berkenaan.

Pada 9hb Mei lalu, Torres diangkut ke sebuah perjumpaan di bandar berkenaan untuk membela diri namun beliau bertindak menempelak penduduk dengan nada yang marah.

Menurut media tempatan, Torres berulang kali dikritik oleh pegawainya sendiri ketika cuba memberi alasan sebab beliau gagal membuka pusat-pusat kuarantin kecemasan bagi mangsa-mangsa Coronavirus.

Torres juga dituduh gagal mengambil langkah pemeriksaan keselamatan bagi memastikan orang-orang dari luar kota tidak dapat memasukinya.

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...