
Khairuddin Abu Hassan
داتوق سري اوتام مخريز محضير چالون ڤلاڤيس ڤي عيم ترباءيق اونتوق دتونجولكن
Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir adalah seorang tokoh pemimpin pelapis yang amat disenangi segenap lapisan rakyat dari pelbagai kaum.
Beliau dikenali sebagai seorang tokoh pemimpin muda yang berimej ‘bersih’ dan tidak kontroversi.
Kekuatan yang ada pada sifat serta sikap Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir adalah prinsip integriti yang kental.
Keperibadian yang tertib, sopan, tawadduk, merendah diri dan berwawasan amat disenangi oleh semua lapisan masyarakat.
Sebab itulah ramai ahli-ahli akar umbi parti PAS sendiri amat menyayangi beliau di Kedah kerana dasar pentadbiran yang adil serta saksama tanpa mengira fahaman ideologi politik ketika menjawat jawatan Menteri Besar Kedah.
Ketokohan Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir amat popular di kalangan rakyat jelata di Kedah tetapi pemimpin-pemimpin politik yang korup tidak senang dengan kepimpinan tegas yang dipamerkan oleh mantan Menteri Besar Kedah dua kali itu.
Pada tempoh menjawat jawatan Menteri Besar Kedah; ahli-ahli politik korup sukar untuk mencuri khazanah kerajaan negeri serta merompak duit rakyat.
Hakikatnya, kepimpinan bersih, cekap dan amanah Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir tidak disenangi oleh puak-puak yang korup!
Walaupun pada usia lingkungan 50an ramai anak muda di kalangan ‘gen y’ khususnya menerima Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir sebagai salah seorang ikon tokoh pemimpin pelapis di tanahair kita.
Prinsip dan perwatakan Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir membuatkan beliau sebagai satu produk yang datang secara pakej lengkap dalam pasaran.
Di Wilayah Persekutuan penerimaan rakyat jelata dari segala lapisan masyarakat kepelbagaian kaum mempunyai persepsi yang amat baik terhadap personaliti Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir.
Ramai rakyat berpendapat kepimpinan negara kita harus diamanahkan kepada tokoh-tokoh pemimpin muda yang bercirikan seperti ini jika mahu Malaysia selamat dan rakyat mengecapi kemakmuran.
Ciri-ciri pemimpin berwawasan, bersih, kekal berprinsip, rendah diri dan sikap pluralisma secara adil harus dijadikan asas utama kita tonjolkan sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.
Pengalaman politik yang begitu luas serta latarbelakang ekonomi yang kuat juga merupakan satu pakej terbaik yang harus ada pada seseorang calon Perdana Menteri untuk mengemudi tanahair kita ke tahap yang lebih cemerlang.
Tahap keyakinan diri bersama tokoh-tokoh pemimpin antarabangsa dengan penguasaan bahasa inggeris yang baik juga merupakan aset terbaik yang dimilikki oleh Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir.
Keseluruhan rakyat jelata harus menilai ciri-ciri jatidiri kekal berprinsip dan kemampuan ‘economic vision’ datuk seri utama mukhriz untuk disokong sebagai calon pemimpin utama negara bagi membina semula ‘Malaysia Baharu.’
Sudah sampai masanya kita memertabatkan seorang tokoh pemimpin muda pelapis yang mempunyai pakej terbaik kearah menyelamatkan negara Malaysia daripada berimej kerajaan ‘kleptokrasi’ kini untuk berbalik kepada reputasi ‘Asian Tiger’ sepertimana yang dicemerlangkan oleh tun dr mahathir mohamad di era kepimpinan emas beliau pada suatu masa dahulu.
Sesungguhnya, Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir selaku Presiden parti PEJUANG sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai tokoh pemimpin nombor satu negara bagi membetulkan segala yang tidak betul yang sedang merosakkan negara kita masakini.
Pengalaman dan ilmu politik serta wawasan ekonomi Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir yang amat luas bakal menjaminkan beliau mampu untuk memacukan semula negara kita ke tahap yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Insya-Allah!! Ameen!!
