Debat isu Felda: Saya cabar Najib jawab ‘boleh’ atau ‘tidak boleh’ pada Azmin, saya tawar diri jadi moderator

Raggie Jessy Rithaudeen

چابرن ديبت: نجيب هاڽ ڤرلو جواب ءبوليهء اتاو ءتيدق بوليهء ڤد عزمين، ساي تاور ديري جادي موديراتور

Saya dengan rendah diri menawarkan diri saya untuk menjadi moderator perdebatan di antara Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi platform YouTube Raggie Jessy Rithaudeen.

Untuk berlaku adil, saya tidak boleh menerima hujah Najib bahawa beliau ingin berdebat serentak bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu Felda.




Ini kerana:

1. Cabaran asal dibuat oleh Azmin, dan

2. Jika Najib berdebat dengan Muhyiddin dan Azmin, ianya akan menjadi perdebatan cacat (dua lawan satu).

BACA: SURAT TERBUKA KEPADA NAJIB RAZAK

Justeru, saya cabar Najib untuk menyahut cabaran asal Azmin dan berhenti memutar belit atau memberi pelbagai alasan untuk mengalihkan perhatian penta’subnya.

Najib hanya perlu jawab “boleh” atau “tidak boleh” kepada Azmin dan menghubungi saya sekiranya bersetuju membenarkan saya menjadi moderator.

Sekian

WAJIB BACA:

Surat terbuka kepada Najib Razak – jangan selindung fakta ini dari rakyat (Pendedahan)

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...