ديبت نجيب-انور تياد كنا-مڠنا دڠن كراجأن – اننوار موسى
Debat perdana antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 Mei ini adalah antara dua individu dan tidak ada kena-mengena dengan kerajaan.
Demikian menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa, yang berkata tiada pihak berjumpa dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) berkaitan platform penyiaran debat itu.
Semalam, media melaporkan bahawa Najib dan Anwar bersetuju berdebat isu Sapura Energy Bhd (SEB) dan masa depan Malaysia pada 12hb Mei ini.
Pengumuman program debat perdana itu dibuat Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil dalam satu sidang media petang tadi.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Jadi kerajaan tidak campur dan saya pun tidak didatangi oleh sesiapa. Saya fikir ia masih lagi di peringkat antara dua individu,” katanya.
Annuar turut tidak menolak kemungkinan media sosial atau platform digital digunakan bagi tujuan penyiaran bagi debat tersebut.
TONTON: RAMASAMY PERLU JAWAB DALAM 48 JAM
“Terknologi sekarang boleh saja buat ‘live’ dan mungkin ada stesyen televisyen yang hendak memberi platform itu.
“Apa pun, itu kemudianlah. Tak boleh kata mungkin (boleh) sebab mungkin itu dah jadi satu janji (untuk disiarkan di platform kerajaan). Saya anggap ia debat biasa antara dua individu,” katanya.
Semalam, media melaporkan bahawa Najib dan Anwar bersetuju berdebat isu Sapura Energy Bhd (SEB) dan masa depan Malaysia pada 12hb Mei ini.
Pengumuman program debat perdana itu dibuat Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil dalam satu sidang media petang tadi.
Menurut Fahmi, debat itu akan dapat disaksikan secara langsung menerusi saluran media yang diumumkan kemudian dan secara fizikal di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.
THE THIRD FORCE
WAJIB TONTON: