Debat Najib-Kit Siang: Terjerat juga akhirnya apek DAP dalam muslihatnya sendiri

Raggie Jessy Rithaudeen

Umum sedia maklum, bahawa debat di antara Lim Kit Siang dan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang tular baru-baru ini tidak akan berlangsung berikutan keputusan Kit Siang untuk menarik diri.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dilaporkan berkata ada kemungkinan debat tersebut akan dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu hingga ianya mencetuskan konflik perkauman.




“Memandangkan besar kemungkinan debat “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti” di antara Najib dan saya ini boleh dimanipulasi menjadi satu konflik Melayu vs Cina.

“Sedangkan perang melawan rasuah, penyalah-gunaan kuasa dan jenayah seperti pengubahan wang haram bukanlah satu isu perkauman atau keagamaan tetapi satu isu nilai murni dan pentadbiran yang baik, saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan debat dengan Najib ini,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Anehnya, selama hampir setahun, Kit Siang tidak pernah melepaskan peluang untuk mengutuk, menkritik atau memperlekeh Najib dengan pelbagai dakwaan, termasuk dakwaan kononnya kerajaan Barisan Nasional sebelum ini merupakan kerajaan kleptokratik kerana berlaku penyalahgunaan kuasa dan rasuah di bawah pentadbiran Najib.

Malah, anak Kit Siang, Lim Guan Eng (aka Nobita), sendiri tidak pernah lelah mahupun leka mengeluarkan pelbagai tohmahan yang jelas menuduh kerajaan Najib sebagai sebuah kleptokrasi dan berulang kali membuat pertuduhan yang jelas memperlekeh kewibawaan Najib.

Pada ketika itu, tidak pernah terlintas di fikiran Kit Siang bahawa segala pertuduhan, kritikan dan perbincangan melibatkan Najib dan isu kleptokrasi yang kerap terpapar di media arus perdana mampu “dimanipulasi menjadi konflik Melayu vs Cina.”

Tetapi apabila diminta berdebat, tiba-tiba sahaja perkara tersebut dikatakan mampu menjurus kepada ketegangan kaum biarpun Kit Siang sendiri yang menetapkan syarat agar perdebatan tersebut membincangkan “bagaimana Malaysia menjadi sebuah kleptokrasi global.”

Saya diberitahu, pusingan U terbaru ini adalah berikutan satu pendedahan yang dibuat The Third Force di mana saya membongkarkan niat sebenar Kit Siang apabila menetapkan tajuk perdebatan tersebut.

Loading...

Menurut sumber, serangan bertubi-tubi beberapa pemimpin DAP terhadap Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik baru-baru ini adalah berikutan maklumat yang diperolehi oleh orang-orang tertentu di DAP berkenaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikhabarkan berniat untuk mencantas kedua-dua Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan anak Kit Siang, Nobita.

Maka bermulalah usaha untuk memusnahkan kredibiliti kerajaan pimpinan Mahathir menerusi serangan terhadap sesiapa yang dilihat sebagai kuncu Mahathir ataupun mana-mana polisi kerajaan yang dilihat bercanggah dengan konsep “Malaysia Baru” yang sememangnya diilhamkan daripada konsep “Malaysian Malaysia” bawaan DAP sejak zaman Lee Kuan Yew lagi.

Malangnya, apabila pemimpin-pemimpin DAP berganding bahu untuk mengkritik Maszlee kerana mempertahankan kuota Bumiputra bagi pelajar universiti, masyarakat Melayu-Islam terus bersatu untuk mempertahankan Maszlee apabila sedar bahawa krirtikan tersebut berunsur perkauman.

Ini memandangkan tiada seorang pun pemimpin DAP yang mengkritik majikan swasta yang sebilangan besarnya mendiskriminasi masyarakat Melayu-Islam dengan hanya menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan Cina ataupun mereka yang fasih berbahasa Cina.

Perkara ini menimbulkan keresahan Kit Siang.

Justeru, beliau bertindak memutarbelit keadaan dengan menabur fitnah kononnya UMNO mengeluarkan arahan agar tentera siber parti tersebut mengeruhkan hubungan antara DAP dan kepimpinan Pakatan Harapan dengan memanipulasi isu Maszlee.

Menurut Kit Siang, tentera siber UMNO cuba mengaitkan DAP dengan satu usaha untuk menggantikan Maszlee dengan Timbalan Menteri Pendidikan yang kebetulannya turut merupakan ahli DAP.

Bukan hanya fitnah tersebut tidak berasas, hakikatnya, mereka yang menyerang Maszlee merupakan ahli DAP dan bukannya UMNO, malah diketahui merupakan kenalan-kenalan rapat Lim dan dikatakan berada  dalam lingkaran “kawalan” beliau.

Kemudian, apabila Najib mempelawa Kit Siang untuk berdebat, Kit Siang dikhabarkan tiba-tiba mendapat idea bagaimana menggunakaan debat tersebut untuk mengalihkan perhatian umum dari isu Maszlee dan sekaligus melemahkan kepimpinan Mahathir bagi menyelamatkan kedua-dua Anwar dan Nobita.

Menurut sumber, Kit Siang sengaja menetapkan syarat agar debat tersebut membincangkan isu kleptokrasi supaya Najib mampu membersihkan namanya dengan memetik segala pertuduhan yang dilemparkan oleh beliau (Kit Siang) sendiri terhadap Mahathir pada zaman lapan puluhan dan sembilan puluhan.

Untuk makluman, pertuduhan-pertuduhan tersebut melibatkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana bernilai ratusan billion ringgit (berdasarkan nilai matawang hari ini) yang berlaku di bawah pentadbiran Mahathir pada ketika itu.

Kit Siang tahu bahawa beliau sendiri tidak mampu mengulangi pertuduhan-pertuduhan tersebut kerana rakyat tidak akan mempercayainya lagi dan mungkin juga rasa tertipu.

Tetapi beliau tahu, bahawa beliau tidak akan mampu menafikan pertuduhan-pertuduhan tersebut sekiranya Najib mengulanginya tetapi boleh berpura-pura untuk mempertahankan Mahathir dengan dakwaan “Mahathir sudah berubah.”

Justeru, sekiranya Mahathir tiba-tiba mencantas Nobita ataupun Anwar (yang dikhabarkan turut berada dalam lingkaran “kawalan” Kit Siang), rakyat akan mula bersimpati dengan mereka dan akan memberikan sokongan padu sekiranya kem Anwar keluar dari Pakatan Harapan bersama-sama DAP untuk meruntuhkan kerajaan Mahathir.

Ini sekaligus akan memaksa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik kerajaan peralihan sementara penetapan dibuat terhadap jangka masa kerajaan peralihan tersebut akan berkuasa sebelum pilihanraya umum ke-15 diadakan.

Tanggapan beberapa pihak bahawa Kit Siang menarik diri daripada perdebatan dengan Najib kerana takut skandal terowong dasar laut melibatkan Nobita akan terbongkar tidak sama sekali benar.

Ini memandangkan isu kleptokrasi yang ditetapkan sebagai tajuk perbincangan bertumpu kepada kerajaan pusat dan mereka yang pernah atau sedang menerajui kerajaan pusat, bukannya kerajaan negeri.

Justeru, Kit Siang yakin dapat mencantas Najib dalam hal tersebut kerana Nobita hanya pernah memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, bukannya Perdana Menteri Malaysia sepertimana Najib dan Mahathir.

Sebaliknya, Kit Siang menarik diri kerana niat beliau untuk mengugat pentadbiran Mahathir sudah diketahui umum dan mampu memburukan lagi keadaan sekiranya Najib menang.

Ini memandangkan kemenangan Najib akan ditafsir oleh rakyat sebagai bukti bahawa pendedahan yang dibuat sememngnya betul, yakni Kit Siang sememangnya sedang cuba untuk mengugat pentadbiran Mahathir kerana takut Nobita akan dipecat.

Sehubungan itu, masyarakat Melayu-Islam yang masih tidak berpuas hati dengan serangan DAP terhadap Maszlee mungkin akan melihat kemenangan tersebut sebagai usaha DAP untuk memastikan Nobita terus memegang jawatan Menteri Kewangan dan Teo Nie Ching dilantik sebagai Menteri Pendidikan menggantikan Maszlee.

Ini sekaligus akan menyebabkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam terhadap DAP memuncak apabila parti tersebut dilihat sebagai puak yang sanggup mengaibkan mana-mana pemimpin Islam demi mempertahankan kepentingan kaum Cina, sanak saudara serta kaum kerabat mereka.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...