Debat Tabung Haji: Azeez dilihat gagal pertahan hujah menentang Mujahid

Mujahid berjaya membangkitkan justifikasi penjualan aset TH dan merungkai siri-siri salah laku keputusan di zaman Barisan Nasional yang tidak mampu ditangkis oleh Azeez dengan berkesan. Sumber (gambar): Fail TTF

ديبت تابوڠ حاج: ازيايز دليهت ڬاڬل ڤرتاهن حجه مننتڠ مجاهد

Debat secara langsung antara bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim mengejutkan TTF dan para netizen apabila Azeez dilihat gagal menjawab Mujahid dalam banyak aspek yang memerlukan fakta dan perincian yang khusus.

Menurut laporan dan berdasarkan pantauan TTF sendiri, Azeez gagal memberikan “facts and figures” pada setiap poin dan isu yang dibangkitkan oleh Mujahid walaupun berulang kali mencabar Mujahid untuk berdebat dengannya.

Isu pemberian hibah yang didakwa oleh Mujahid menyalahi etika dan mendapat teguran Bank Negara gagal dijawab dengan kemas oleh Azeez walaupun isu itu menjadi pertikaian utama beliau dan kepimpinan tertinggi UMNO.

Manakala itu, isu pembelian dan penjualan aset turut gagal diperhalusi oleh Azeez dengan baik menyebabkan Mujahid mampu mencantasnya dengan mudah berserta angka-angka dan fakta-fakta berkaitan.


PETALING JAYA: Debat secara langsung antara bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim mengejutkan TTF dan para netizen apabila Azeez dilihat gagal menjawab Mujahid dalam banyak aspek yang memerlukan fakta dan perincian yang khusus.

Menurut laporan The Malaysia Online dan berdasarkan pantauan TTF sendiri, Azeez gagal memberikan “facts and figures” pada setiap poin dan isu yang dibangkitkan oleh Mujahid walaupun berulang kali mencabar Mujahid untuk berdebat dengannya.




Isu berkenaan turut menjadi perbalahan antara Mujahid dan Azeez pada persidangan Dewan Rakyat dan menimbulkan pelbagai polemik dalam kalangan ahli politik serta menjadi bahan bualan dan spekulasi rakyat.

Jawapan-jawapan serta hujah-hujah Azeez dilihat lebih retorikal manakala Mujahid berjaya menghujahkan perbandingan fakta dan angka yang telah memberikan beliau kemenangan dari sudut perdebatan. 

Isu pemberian hibah yang didakwa oleh Mujahid menyalahi etika dan mendapat teguran Bank Negara gagal dijawab dengan kemas oleh Azeez walaupun isu itu menjadi pertikaian utama beliau dan kepimpinan tertinggi UMNO.

Manakala itu, isu pembelian dan penjualan aset turut gagal diperhalusi oleh Azeez dengan baik menyebabkan Mujahid mampu mencantasnya dengan mudah berserta angka-angka dan fakta-fakta berkaitan. 

Ini menyebabkan Mujahid berjaya membangkitkan justifikasi penjualan aset TH dan merungkai siri-siri salah laku keputusan di zaman Barisan Nasional yang tidak mampu ditangkis oleh Azeez dengan berkesan. 

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...