DEKLARASI SELANGOR UNTUK MEMELIHARA KEMULIAAN AGAMA ISLAM, INSTITUSI DIRAJA DAN KEPENTINGAN BANGSA NASIONAL DEMI KEHARMONIAN NEGARA

 

Pihak media dialu-alukan untuk membuat liputan penuh pelancaran Deklarasi Selangor esok yang dijadualkan bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pukul 2 petang, disusuli dengan satu sidang media bagi mengumumkan tarikh penyerahan deklarasi tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong. Sumber (gambar): TTF

GERAKAN BANGSA NASIONAL (GBN)

Berikut merupakan ikrar aku janji yang bakal dilafazkan oleh wakil-wakil NGO, tetamu-tetamu undangan dan penyokong Gerakan Bangsa Nasional (GBN) sempena pelancaran Deklarasi Selangor oleh GBN esok, bersamaan 14hb April 2019, di Dewan Serbaguna SS5A/15 di Taman Kelana Jaya, Petaling Jaya:

DEKLARASI SELANGOR UNTUK MEMELIHARA KEMULIAAN AGAMA ISLAM, INSTITUSI DIRAJA DAN KEPENTINGAN BANGSA NASIONAL DEMI KEHARMONIAN NEGARA

1. Kami rakyat Malaysia yang beragama Islam, sesungguhnya, berikrar bahawa kami akan melakukan apa sahaja dalam batasan undang-undang untuk menuntut pengiktirafan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.




2. Kami, rakyat Malaysia yang beragama Islam, sesungguhnya, berikrar bahawa kami akan bekerjasama dengan Raja-Raja Melayu untuk menuntut agar Yang di-Pertuan Agong diberikan hak perlembagaan untuk memecat Perdana Menteri.

3. Kami, rakyat Malaysia yang beragama Islam, sesungguhnya, berikrar bahawa kami akan melakukan apa sahaja dalam batasan undang-undang untuk memerangi rasuah dan menentang ahli-ahli politik yang taksub dengan Wang, Kuasa dan Kedudukan (WKK).

4. Kami, rakyat Malaysia yang beragama Islam, sesungguhnya, berikrar bahawa kami akan melakukan apa sahaja dalam batasan undang-undang untuk menuntut agar Islamophobia diiktiraf sebagai satu jenayah yang boleh dihukum penjara jika sabit kesalahan.

5. Kami, rakyat Malaysia yang beragama Islam, sesungguhnya, berikrar bahawa kami akan melakukan apa sahaja dalam batasan undang-undang untuk melindungi kesucian agama Islam dan kemuliaan Institusi di-Raja, yang mana kedua-duanya pada ketika ini sedang mengalami ancaman yang begitu hebat.

6. Kami, rakyat Malaysia yang beragama Islam, sesungguhnya, berikrar bahawa kami akan melakukan apa sahaja dalam batasan undang-undang untuk menentang mana-mana individu atau kumpulan individu yang menimbulkan ancaman terhadap masyarakat Melayu-Islam, agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

7. Kami, rakyat Malaysia yang beragama Islam, sesungguhnya, berikrar bahawa kami akan melakukan apa sahaja dalam batasan undang-undang untuk menuntut agar parti DAP, yang kami anggap sebagai musuh Islam, dibatalkan pendaftarannya, demi memastikan bahawa keharmonian, keamanan dan keselamatan negara terjamin sentiasa.

8. Kami, rakyat Malaysia yang beragama Islam, sesungguhnya, berikrar bahawa kami akan melakukan apa sahaja dalam batasan undang-undang menegakkan kedudukan istimewa yang dianugerahkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia kepada masyarakat Melayu-Islam, masyarakat orang asli, dan memastikan bahawa hak semua kaum yang lain sentiasa terpelihara.

Loading...

9. Kami, rakyat Malaysia yang beragama Islam, sesungguhnya, berikrar bahawa kami akan menuntut keadilan untuk Bangsa Nasional demi memastikan bahawa keharmonian, keamanan dan keselamatan negara terjamin sentiasa.

Deklarasi ini akan disertakan dengan satu dokumen pengisytiharan berserta surat yang ditujukan khusus kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pihak media dialu-alukan untuk membuat liputan penuh pelancaran esok yang dijadualkan bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pukul 2 petang.

Pihak GBN akan membuat satu sidang media pada pukul 2 petang bagi mengumumkan tarikh penyerahan deklarasi tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...