Khairuddin Abu Hassan
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Presiden UMNO Zahid Hamidi semakin ‘sewel’ dan hilang akal fikiran waras untuk mencipta formula bagi ahli-ahli UMNO serta orang-orang melayu ‘menghalalkan’ seterusnya menerima DAP.
Sepertimana Anwar Ibrahim juga kini Zahid Hamidi sudah sedar masa depan politik mereka terpaksa bergantung pada sokongan undi cina khususnya kerana orang-orang melayu majoritinya tidak lagi percaya pada kedua penyangak politik ini.
Ini terbukti melalui keputusan PRU15 yang lepas.
Untuk mendapatkan sokongan besar dari masyarakat cina strategi Zahid Hamidi adalah terus menipu dan memperbodohkan ahli-ahli UMNO agar mereka dapat terima parti DAP.
Sebelum ini Zahid Hamidi lah orang yang paling kuat mengkritik serta membelasah dasar parti DAP.
Sebab itu pada Perhimpunan Agung UMNO sebelum PRU15 mereka telah memutuskan bahawa pendirian UMNO pada waktu itu ‘tolak Anwar Ibrahim dan DAP.’
Tetapi kini Zahid Hamidi terus berbohong orang-orang melayu dengan menggunakan alasan kononnya ‘doktrin’ Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun merupakan punca ahli-ahli UMNO benci DAP.
Ini perang psikologi Zahid Hamidi untuk ‘neutralise’ minda ahli-ahli UMNO agar menerima DAP yang menjadi rakan kongsi demi ‘survival’ masa depan politik beliau.
Inilah kualiti jatidiri Zahid Hamidi ‘kaki penipu tersohor negara’ dan kerja beliau hanyalah terus menipu untuk menyelamatkan kareer politiknya.
Kita tahu bahawa sebenarnya Zahid Hamidi sudah berhubung dengan Anwar Ibrahim serta DAP merancang untuk mereka bekerjasama selepas PRU15 sejak beberapa tahun yang lepas.
Sudah sampai masanya agar ahli-ahli UMNO jangan biarkan diri mereka terus ditipu dan diperbodohkan oleh Presiden UMNO yang paling ‘haprak!!’
Presiden UMNO yang paling ‘haprak’ masakini lah yang merosakkan parti UMNO sehingga ditolak oleh orang-orang melayu serta keseluruhan rakyat di tanahair kita.
Pada hari ini sekali lagi Zahid Hamidi cuba mengalihkan pandangan ahli-ahli UMNO dan cuba meletakkan kesalahan pada bahu Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya menanam doktrin untuk membenci parti DAP.
Presiden UMNO paling ‘haprak’ ini sedang melancarkan satu kempen untuk orang-orang melayu menyayangi DAP seterusnya menerima DAP sepertimana parti-parti MCA, GERAKAN serta beberapa lagi demi agenda kepentingan politik peribadi beliau.
Kini Zahid Hamidi sudah ‘bankrap’ minda sebab itulah setiap perkataan yang keluar dari mulut beliau terpaksa mengaitkan dengan nama Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dapat perhatian.
Selagi kalangan bangang macam Zahid Hamidi masih menyebut nama Tun Dr Mahathir Mohamad ini membawa erti bahawa nama Tun Dr Mahathir Mohamad amat besar dan masih digeruni serta tetap relevan di pesada politik tanahair.
Pengkhianat bangsa seperti Zahid Hamidi harus ‘disepak’ dan ‘dinyahkan’ terus dari pesada politik tanahair.
Makhluk ‘haprak’ seperti Zahid Hamidi sanggup melakukan apa saja asalkan kareer politik serta masa depan beliau selamat.
Beliau adalah seorang pemimpin ‘haprak’ yang tidak pernah memikirkan tentang masa depan bangsa, negara dan agama.
Pada pemilihan parti UMNO yang akan datang keseluruhan ahli-ahli UMNO kena berani dan tegas untuk menyingkirkan presiden paling ‘haprak’ ini dari terus membinasakan UMNO mahupun orang-orang melayu.
Jika UMNO terus dipimpin oleh presiden yang paling ‘haprak’ ini selepas PRU16 parti UMNO hanya akan tinggal nama saja dalam pesada politik negara dan terus kekal hanya sebagai sebuah ‘persatuan’ kebajikan kemungkinannya.
Inilah hala-tuju parti UMNO yang sedang dibawa oleh penyangak Zahid Hamidi.
Keseluruhan ahli-ahli UMNO dan orang-orang Melayu wajib menolak makhluk perosak yang paling ‘haprak’ seperi Zahid Hamidi ‘kaki penipu tersohor negara’ dulu, kini dan selamanya sebelum beliau terus membinasakan bangsa, negara mahupun agama.
