Demonstrasi ‘#Lawan turun ke jalan’ dirancang pada 31 Julai

Seruan tunjuk perasaan ini selepas kumpulan itu mengadakan demonstrasi ala flash mob di Dataran Merdeka pada Sabtu yang menampilkan bendera hitam dan patung mayat berbalut kain kafan. Sumber (gambar): Fail TTF

ديمونستراسي ء#لاون تورون ك جالنء درانچڠ ڤد 31 جولاي

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) mengajak orang ramai menyertai ‘demontsrasi jalanan’ pada 31 Julai akan datang.

Ini lanjutan bantahan #Lawan yang diadakan secara dalam talian dengan orang ramai berkongsi gambar bersama bendera hitam.

“Tuntutan kami supaya perdana menteri dan seluruh kabinet beliau untuk berundur, sidang parlimen diadakan secara sepenuhnya, dan moratorium automatik untuk semua.

“Justeru, Sekretariat Solidariti Rakyat mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk keluar dan #Lawan pada 31 Julai 2021, sebagai simbolik penentangan terhadap kerajaan yang tidak ada kelayakan memimpin negara,” kata kumpulan itu.

Seruan SSR itu dimaklumkan pada satu kenyataan hari ini tetapi menjelaskan masa dan tempat akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kita tidak ingin bermusuh dengan sesiapa melainkan pemimpin yang gila kuasa dan tidak peka dengan kesusahan yang dialami oleh rakyat.

“Tuntutan kami supaya perdana menteri dan seluruh kabinet beliau untuk berundur, sidang parlimen diadakan secara sepenuhnya, dan moratorium automatik untuk semua.

“Justeru, Sekretariat Solidariti Rakyat mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk keluar dan #Lawan pada 31 Julai 2021, sebagai simbolik penentangan terhadap kerajaan yang tidak ada kelayakan memimpin negara,” kata kumpulan itu.

BACA JUGA: MELIHATKAN CARA MUHYIDDIN KENDALI COVID-19, TIADA BEZA JIKA…

Parlimen akan bersidang pada 26 Julai selama lima hari. Walau bagaimanapun, jadual yang diberikan menunjukkan sebahagian besar sesi akan dihabiskan untuk taklimat mengenai situasi Covid-19 daripada kerajaan.

Sementara itu, moratorium pinjaman tersedia untuk semua orang, tetapi berdasarkan permohonan. Pengkritik juga menyatakan faedah akan terus meningkat dalam tempoh moratorium.

Seruan tunjuk perasaan ini selepas kumpulan itu mengadakan demonstrasi ala flash mob di Dataran Merdeka pada Sabtu yang menampilkan bendera hitam dan patung mayat berbalut kain kafan.

Loading...

Polis telah mengenakan kompaun kepada tiga penganjur masing-masing sebanyak RM2,000 kerana melanggar peraturan SOP Covid-19 yang melarang perhimpunan awam.

SSR mengakhiri kenyataan mereka hari ini, dengan memetik bait puisiDialog, nukilan Kassim Ahmad:

“Kian lama kita mati dalam setia, kali ini kita hidup dalam derhaka!”

Sumber:

WAJIB BACA:

Terkini: Muhyiddin Yassin tumbang, UMNO putuskan tarik sokongan terhadap kerajaan berkuatkuasa serta merta

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...