Depan Tun M kata ‘ayahanda’, tapi tikam belakang – Khairuddin Abu Hassan

Berikut merupakan kenyataan terkini pengerusi GTA Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan:


SAYA AMAT LOYA DAN MUAL BILA DENGAR ‘MUNAFIQ POLITIK’ SERTA PENGKHIANAT MASIH SEBUT PERKATAAN  ‘AYAHANDA TUN’

Seungguhnya, tekak saya amat meloya dan mual bila mendengar salah seorang dari pemimpin ‘munafiq politik’ dan pengkhianat dalam parti PEJUANG masih memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘ayahanda Tun!!’




Mereka ini adalah golongan ‘munafiq politik’ dan pengkhianat yang hanya ‘bermuka-muka’ dengan Tun Dr Mahathir Mohamad selama ini.

Dalam mesyuarat di hadapan Tun Dr Mahathir Mohamad puak ‘munafiq politik’ dan pengkhianat ini akan mengangguk kepala bersetuju terhadap apa saja yang diperkatakan oleh mantan Pengerusi PEJUANG.

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Tetapi di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad golongan ‘munafiq politik’ dan pengkhianat ini akan ‘tikam’ beliau dari belakang!!

Selama dilantik sebagai ahli MEP saya senantiasa bercakap secara tertib serta professional dalam mesyuarat mahupun persidangan.

Namun, apakah saya perlu serta harus bercakap dengan nada yang tertib lagi pada golongan ‘munafiq politik’ dan pengkhianat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad?!

Apakah puak ‘hipokrit kelas pertama’ ini ‘deserve’ layanan secara tertib apabila mereka sanggup mengkhianati wadah perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad?!

Bila saya menghidu dan mempunyai bukti jelas mengenai gerakan pengkhianatan terhadap mantan Pengerusi parti PEJUANG; saya sudah hilang hormat pada puak ‘hipoktit kelas pertama’ ini.

Loading...

Biar puak ‘hipokrit kelas pertama’ ini terus berlakon dengan sandiwara mereka terlebih dahulu.

Bila tiba masa ketika yang amat sesuai dalam sedikit masa lagi biar saya pula cerita secara hakikat dan hakiki mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PEJUANG.

Cukup-cukuplah untuk terus berlakon serta bersikap hipokrit.

Puak ‘munafiq politik’ dan pengkhianat ini harus dilawan secara habis-habisan di atas setiap pengkhianatan mereka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Biar saya keseorangan sekalipun namun prinsip perjuangan saya hanyalah untuk memperhambakan diri buat Tun Dr Mahathir Mohamad dulu, kini dan selamanya serta terus membela wadah perjuangan mulia tokoh negarawan terulung ini.

Walaupun saya ‘orang luar’ dan bukan ‘darah daging’ Tun Dr Mahathir Mohamad; saya dapat menyelami semangat beliau secara mendalam untuk terus berjuang demi bangsa, negara dan agama.

Yang Benar,

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

26 Disember 2022



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...