
دسقن دري دالم دڤ، أمانه اونتوق ڤاكتن هارڤن دبوبركن
Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya berjanji untuk melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Pakatan Harapan dan ketua pembangkang jika gagal membuktikan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Walaubagaimanapun, pejabat Anwar menafikan pendedahan ini dan berkata ianya direka untuk mengelirukan “pelbagai pihak.”
Susulan itu, TTF bertindak menghubungi sumber dari Pakatan Harapan yang mengesahkan sekumpulan ahli parlimen dari DAP dan AMANAH yang membaca penafian daripada pejabat Anwar naik berang dengan sikap presiden PKR itu.
Menurut sumber tersebut, terdapat desakan dari beberapa pemimpin DAP dan juga AMANAH agar Pakatan Harapan dibubarkan dengan segera.
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya berjanji untuk melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Pakatan Harapan dan ketua pembangkang jika gagal membuktikan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Menurut laporan, perkara ini didedahkan oleh empat ahli parlimen yang terdiri daripada wakil DAP dan PKR.
“Betul, betul. (Anwar) maklumkan kepada kami pada Khamis,” seorang ahli parlimen PKR dilaporkan sebagai berkata.
Menurutnya, ikrar itu dilafazkan Anwar semasa pertemuan ahli parlimen pembangkang dengannya selepas Belanjawan 2021 diterima pada bacaan kedua di peringkat dasar Dewan Rakyat.
Khamis lalu, Anwar mengeluarkan arahan sebaik selepas Tun Dr Mahathir Mohamad berdiri agar wakil pembangkang tidak menyokong undian Belanjawan 2021 secara berbelah bahagi.
Arahan itu didakwa mengejutkan ramai ahli parlimen dari DAP dan PKR yang mematuhi arahan itu kerana keliru.
Ahli-ahli parlimen terbabit kemudian mempersoalkan arahan tersebut dalam satu pertemuan yang diadakan selepas dasar belanjawan diluluskan.
Dalam pertemuan itu, Anwar didakwa telah diserang oleh presiden AMANAH Mohamad Sabu dan timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Anwar bagaimanapun gagal memberi penjelasan yang rasional dan berjanji untuk letak jawatan sebagai pengerusi Pakatan Harapan dan ketua pembangkang jika gagal menumbangkan Perikatan Nasional dalam masa tujuh hari.
Perkara ini disahkan oleh beberapa sumber dalaman dari Pakatan Harapan yang berjumpa dengan TTF untuk membincangkan pendedahan yang dibuat oleh seorang pemimpin AMANAH.
Walaubagaimanapun, pejabat Anwar menafikan pendedahan ini dan berkata ianya direka untuk mengelirukan “pelbagai pihak.”
Susulan itu, TTF bertindak menghubungi sumber dari Pakatan Harapan yang mengesahkan sekumpulan ahli parlimen dari DAP dan AMANAH yang membaca penafian daripada pejabat Anwar naik berang dengan sikap presiden PKR itu.
Menurut sumber tersebut, terdapat desakan dari beberapa pemimpin DAP dan juga AMANAH agar Pakatan Harapan dibubarkan dengan segera.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
