
ديساس دسوس سكومڤولن اهلي ڤوليتيك امنو اكن ايكوت جيجق اننوار موسى ماسوق ڤاس
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Beberapa ahli politik UMNO dijangka mengikuti jejak Tan Sri Annuar Musa dan masuk PAS selepas penyertaan Annuar dalam parti itu diumumkan secara rasmi.
Ini menurut sumber yang bercakap kepada TTF, merujuk kepada laporan berita yang memetik kenyataam Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar.
TTF setakat ini masih tidak dapat kepastian samada ahli-ahli politik yang dimaksudkan melibatkan ahli-ahli parlimen UMNO,
Sebelum ini, TTF mendapat khabar kemungkinan beberapa ahli parlimen meninggalkan UMNO kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan halatuju parti.
Beberapa ahli politik UMNO dijangka mengikuti jejak Tan Sri Annuar Musa dan masuk PAS selepas penyertaan Annuar dalam parti itu diumumkan secara rasmi.
Ini menurut sumber yang bercakap kepada TTF, merujuk kepada laporan berita yang memetik kenyataan Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar.
Samsuri mengesahkan penyertaan beberapa ahli politik dalam PAS, namun enggan mengulas asal usul ahli-ahli politik ini.
“Insya-Allah ada, tetapi tak boleh sebut nama lagi, ia tidak terhenti di situ saja,” katanya dipetik Berita Harian.
TONTON: KEPUTUSAN KES NAJIB MENYEBABKAN ZAHID MAKIN TERDESAK, ANWAR MAKIN LEMAH
TTF bagaimanapun masih tidak dapat kepastian samada ahli-ahli politik yang dimaksudkan melibatkan ahli-ahli parlimen UMNO.
Sebelum ini, TTF mendapat khabar kemungkinan beberapa ahli parlimen meninggalkan UMNO kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan halatuju parti.
Annuar dipecat daripada Umno Disember tahun lalu. Sebelum itu dia disingkirkan daripada jawatannya sebagai setiausaha agung BN kerana dilihat cenderung kepada Bersatu
RJ RITHAUDEEN
