Dewan kecoh: Tajuddin didakwa mencarut, Timbalan Speaker dituduh berat sebelah

Perbalahan tercetus apabila Tajuddin, Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) didakwa tidak sensitif terhadap maruah wanita ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Antigangguan Seksual semalam. Summer (gambar): Fail TTF

ديوان كچوه: تاجو الدين ددعوا منچاروت، تيمبالن سڤيكر دتودوه برت سبله

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) didakwa mencarut di Dewan Rakyat hari ini dalam satu perbalahan melibatkan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional dan DAP.

Menurut Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan), walaupun mikrofon Tajuddin dipadamkan ketika itu ada beberapa ahli parlimen mendengar wakil rakyat Umno itu menyebut perkataan “p***mak dua kali.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon dituduh berat sebelah kerana tidak berani untuk meminta Tajuddin keluar dari Dewan.

Kesemuanya bermula apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) bangkit dan mendesak Timbalan Speaker untuk mengarahkan Tajuddin menarik balik kenyataannya berhubung “perangai tak senonoh, mulit cabul” beberapa Wanita DAP.


Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) didakwa mencarut di Dewan Rakyat hari ini dalam satu perbalahan melibatkan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional dan DAP.

Menurut Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan), walaupun mikrofon Tajuddin dipadamkan ketika itu ada beberapa ahli parlimen mendengar wakil rakyat Umno itu menyebut perkataan “p***mak dua kali.




Perbalahan tercetus apabila Tajuddin, Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) didakwa tidak sensitif terhadap maruah wanita ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Antigangguan Seksual semalam.

Manakala itu, Tajuddin didakwa mengeluarkan kata-kata menghina terhadap ahli Parlimen wanita DAP.

Menurut Malaysiakini, Tajuddin mendakwa mereka (Tajuddin, Bung Moktar, Azeez Rahim) dilontarkan dengan kata-kata yang memburukkan imej mereka kononnya tidak menghormati wanita.

“Saya nak bagitahu speaker, mereka (pembangkang) tak kenal ni siapa tiga orang, bagaimana kami menjaga maruah wanita, bagaimana kami menolong wanita,” katanya,

Untuk membuktikan penegasan itu, Tajuddin meminta pihak yang tidak setuju dengannya bertanya sendiri kepada Wanita Umno bagaimana mereka dilayan.

“Yang kita ni masalahnya beberapa wanita DAP, perangai tak senonoh, mulut cabul,” katanya.

Timbakan Speaker gagal bertindak

Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon dituduh berat sebelah kerana tidak berani untuk meminta Tajuddin keluar dari Dewan.

Loading...

Kesemuanya bermula apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) bangkit dan mendesak Timbalan Speaker untuk mengarahkan Tajuddin menarik balik kenyataannya berhubung “perangai tak senonoh, mulit cabul” beberapa Wanita DAP.

Bagaimanapun, desakan Rayer tidak diendahkan oleh Mohd Rashid. Tajuddin kemudian mempertahankan haknya untuk bercakap.

“Saya cakap betul speaker, I have my own right to speak(saya ada hak sendiri untuk bercakap), kenapa dia nak bantah?” soal Tajuddin.

Tambah Tajuddin kenyataan dibuat pembangkang ke atas dirinya dan dua lagi ahli parlimen Umno itu bertujuan untuk merosakkan imej mereka.

“Hey, we have won the election-lah! All the time-lah. And most of the wanita support us (kami dah menang pilihan rayalah. Sepanjang masa, dan kebanyakan wanita menyokong kami),” kata Tajuddin lagi.

Mohd Rashid yang dilihat cuba untuk menenangkan keadaan kemudian meminta supaya perbahasan RUU tersebut diteruskan.

Rayer kemudian mempersoalkan tindakan Dewan Rakyat yang dianggapnya berat sebelah terhadap Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) pada Isnin lalu ketika dia membangkitkan isu kedaulatan negara dan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Tajuddin hari ini.

“Adakah timbalan speaker akan benarkan perkara ini diulangi?” soalnya.

Tajuddin kemudian mencelah dengan menjerit: “Some of you (Sesetengah kamu) mulut jahat, some of you! I don’t want to named name (Saya tak mahu sebutkan nama) – kaki cucuk, kaki menghasut, kaki mencabar, cabar speaker, cabar PM.” katanya yang kelihatan seperti hilangan kawalan diri.

Tidak puas hati dengan soalan Rayer yang bertanya adakah Mohd Rashid masih tidak berani untuk meminta Tajuddin keluar dari Dewan, Tajuddin kemudian membalas: “Tengok, he’s trying to provoke you (dia cuba memprovokasi kamu). Alamak… we fight the election-lah we see who’ll win (kita berlawan dalam pilihan rayalah, tengok siapa menang).

Kekecohan itu belanjutan beberapa lama sehingga ada sejumlah ahli parlimen PH seperti Hannah Yeoh (PH-Segambut), Teo Nie Ching (PH-Kulai), Steven Sim (PH-Bukit Mertajam), Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) dan Wong Shu Qi (PH-Kluang) berdiri untuk menggesa Mohd Rashid mengambil tindakan terhadap Tajuddin.

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...