
Kenyataan media Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
ديوان ڤمودا ڤاس مليسيا سرو عزم باكي ‘دريحتكن’
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengikuti rapat isu melibatkan tuduhan-tuduhan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk melibatkan pegawai tertinggi SPRM yang dilihat boleh menjejaskan kredibiliti serta komitmen kerajaan dalam membanteras rasuah dan memperkukuhkan integriti yang sedang diusahakan kini.
2. Pemuda PAS memandang serius isu ini dan ianya menjadi suatu kewajipan kepada pihak kerajaan terutama kepada pimpinan YAB Perdana Menteri untuk mengambil langkah segera dan mengadakan siasatan secara bebas dan terbuka.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
3. Pemuda PAS juga dengan penuh hormat menyarankan supaya semua yang terlibat, termasuk pegawai tertinggi SPRM yang terbabit dalam isu tersebut direhatkan sehingga siasatan selesai dan nama mereka yang terbabit dibersihkan. Ini bagi memastikan ketelusan dalam siasatan, serta membuktikan keseriusan kerajaan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.
4. Pemuda PAS percaya perkara ini harus diambil serius oleh kerajaan bagi menangkis persepsi buruk kepada kerajaan dan negara, serta memastikan integriti terus terpelihara.
Semoga Malaysia sentiasa dipelihara Allah SWT dan kedaulatan undang-undang terus ditegakkan dengan amanah dan berintegriti.
YB Ahmad Fadhli Shaari
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
WAJIB BACA:
